“Nak buat duit punya pasal” – Kilang Thailand Kena Cekup Sebab Seterika Mask Dah Pakai & Jual Macam Baru

Tambah ke Sumber Pilihan
“Nak buat duit punya pasal” – Kilang Thailand Kena Cekup Sebab Seterika Mask Dah Pakai & Jual Macam Baru

Untuk yang tak tahu, pakai topeng muka tak boleh halang korang dari dijangkiti virus Covid-19 sebab ia memerangkap semua jenis udara yang korang cuba nak elak. Bukan tu je, pemakaian mask juga buat korang sentiasa nak sentuh muka dan secara tak langsungnya meningkatkan risiko untuk dijangkiti.

Apa yang lebih teruk bila korang tak tahu topeng muka yang korang letak dekat sangat dengan hidung dan mulut tu entah dibuat dari mana.


Sebab menurut Straits Times, satu kilang kitar semula dekat Saraburi, Thailand telah menjual topeng muka yang dah dipakai dan dijual seperti baru!

Nz Thaipolice 030360 768X512 1Sumber: Straits Times

Pihak polis di sana telah menyerbu bangunan tempat mereka seterika topeng muka yang dah dipakai sebelum melipatnya ke dalam kotak untuk nampak seperti baru dan tak pernah digunakan. Gigih betul eh?

Mereka juga turut menahan enam pekerja sedang mengasingkan topeng muka yang mereka dapati dari pemborong yang tak dikenali.

Used 768X432 1Sumber: The Thaiger

Pekerja di sana mengatakan yang mereka dibayar sebanyak 1 baht (10 sen) untuk satu topeng dan setiap seorang kitar semula lebih kurang 300-400 topeng setiap hari.”

Pihak polis turut menghubungi Pejabat Kesihatan Awan Wihandaeng menyuruh mereka untuk membuat dakwaan ke atas kilang tersebut di balai polis kerana operasi ini boleh jejaskan kesihatan orang yang membeli topeng muka dan komuniti yang tinggal berdekatan dengan kilang tersebut.

1583156615 2

Dikatakan, ini berlaku selepas negara tersebut telah mengalami kekurangan topeng muka selepas meletusnya wabak Covid-19. Setakat ini, Thailand mempunyai 43 kes positif penyakit ini dan kebanyakan dari mereka adalah pelancong dari China.

So, unless korang sakit, tak payahlah pakai mask eh, lagi bahaya adalah.

Baca: Takut Coronavirus, Orang Sekarang Sanggup Pecahkan Kenderaan Demi Nak Curi Face Mask Yang Semakin Kurang Di Pasaran

Screenshot 2020 03 03 At 3.35.05 Pm

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Nak buat duit punya pasal” – Kilang Thailand Kena Cekup Sebab Seterika Mask Dah Pakai & Jual Macam Baru
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/nak-buat-duit-punya-pasal-kilang-thailand-kena-cekup-sebab-seterika-mask-dah-pakai-jual-macam-baru/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM