in

“Dah 14 orang dirawat” – Coronavirus Mula Merebak di UK, Seramai 2,000 Pelancong China Diburu Pihak Berkuasa

Uk Coronavirus

Mengikut laporan terkini, 26 orang telah dilaporkan mati dan 830 orang dijangkiti coronavirus dari Wuhan, China.

Selain itu, ahli perubatan juga dilaporkan memeriksa 1,072 individu yang disyaki dijangkiti virus itu dan hospital di sana kini sesak dipenuhi penduduk yang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Bukan setakat Wuhan, Singapura mengesahkan 3 kes positif coronavirus selain Thailand dengan satu kes dan 8 orang telah dikuarantin di Johor Bahru selepas tiba dari Singapura hari ini.

United Kingdom juga kini dalam ketakutan selepas 14 orang dilaporkan menjalani pemeriksaan kerana coronavirus dan pihak berkuasa kini sedang mencari 2,000 penduduk China yang baru tiba di negara itu sejak 2 minggu lepas..

Menurut The Sun, negara itu kini dalam situasi terdesak untuk mencari kesemua penduduk China itu namun pakar pula berpendapat semuanya sudah terlambat.

Uk4
sumber: telegraph

Ia adalah kerana virus itu mungkin sudah pun mula merebak selepas 14 individu dimasukkan ke hospital dan telah diperiksa. Mereka juga percaya lebih banyak kes coronavirus akan berlaku dari sehari ke sehari.

Daripada 14 individu itu, 5 daripada mereka disahkan negatif coronavirus manakala 9 lagi masih menunggu keputusan pemeriksaan yang dilakukan.

Uk 6
sumber: the sun
Uk 5
sumber: daily star

Ahli perubatan juga turut menggesa agar 2,000 pelancong China itu supaya hubungi National Health Service jika mereka muka rasa tak sedap badan. Doktor juga diminta agar bertanya pesakit jika mereka mengalami simptom selsema selepas melancong ke Wuhan.

Mengikut laporan, virus ini telah merebak di Thailand, Singapura, Arab Saudi, Hong Kong, Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Coronavirus
sumber: the sun

Baca: [TERKINI] Lapan Warga China Dikuarantin Di Hotel Dekat Johor Bahru, Ada Kaitan Dengan Kes di Singapura

Jb Corona