in

“Cuma keraian” – Penduduk Tempatan Nafi Ada Cubaan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin

Untitled Design 95

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ramai lagi yang masih ingat akan kultus atau ajaran sesat Kerajaan Langit yang dibawa oleh seorang individu dikenali sebagai Ayah Pin.

Selepas ditumpaskan oleh kerajaan Malaysia pada 20 Julai 2005 serta kematian Ayah Pin pada 2016, kegiatan Kerajaan Langit dihentikan dan tiada berita lagi mengenai ajaran sesat itu.


Artikel berkaitan: 150 Pengikut Ajaran Sesat Si Hulk ‘Lari’ Ke New Zealand, Mohon Perlindungan Suaka

Artikel berkaitan: “Bertentangan syariat Islam” –  Kecoh Agama Ahmadi, Menteri Agama Akan Minta PDRM & MCMC Pantau Ajaran Sesat

Namun, baru-baru ini tular di media sosial di mana ada desas-desus mengatakan ajaran Ayah Pin itu kembali menular di Hulu Besut, Terengganu yang merupakan lokasi sama untuk aktiviti ajaran sesat itu sebelum ini.

Ayah Pin Copy 1 1710603524

Pun begitu, penduduk kampung di situ bagaimanapun menolak dakwaan itu dan memberitahu tempat itu dikunjungi ramai kerana adanya majlis keraian.

“Saya terkejut apabila tiba-tiba sejak beberapa hari kebelakangan ini kecoh kononnya ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan semula. Sebagai penduduk yang tinggal berdekatan, saya tidak nampak ada aktiviti mencurigakan di penempatan yang dihuni oleh lebih 100 penduduk ini.

Cuma baru-baru ini (Februari lepas) memang ada majlis kenduri perkahwinan anak Ayah Pin dan ramai saudara mereka datang termasuk saya turut dijemput. Ahli keluarga Ayah Pin yang tinggal di sini selalu buat majlis keramaian termasuk sambutan hari jadi,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu 13, Ab Ghani Mamat juga mengesahkan tidak melihat sebarang aktiviti mencurigakan dalam tempoh terdekat.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.