“Subhanallah, cantiknya!”- Viral! Netizen Kongsi ‘Momen Indah’ Fenomena Halo Di SocMed

Tambah ke Sumber Pilihan
“Subhanallah, cantiknya!”- Viral! Netizen Kongsi ‘Momen Indah’ Fenomena Halo Di SocMed

Halo Matahari adalah satu fenomena yang dilihat seakan-akan lingkaran cahaya yang mengelilingi matahari atau bulan. Fenomena ini lebih kerap terjadi berbanding kejadian pelangi.

Semalam viral di sosial media, apabila netizen berkongsikan fenomena Halo yang berlaku di negara kita.


Disini min sertakan beberapa gambar yang dimuatnaik netizen di sosial media. Dalam banyak-banyak perkongsian min tertarik dengan posting di Twitter @SayaFadzliRazi mengenai fenomena Halo yang berlaku di tempatnya di Melaka kira-kira pukul 12.30 tengahari semalam.

Malah gambar dan rakaman video fenomena Halo yang berlaku sempat dirakam beberapa pengguna media sosial yang lain.

Rata-rata berkata, fenomena tersebut berlaku antara pukul 10.15 pagi hingga 1.00 petang di beberapa negeri antaranya Melaka, Negeri Sembilan dan sebahagian kawasan di Selangor.

Dibawah ini min kongsikan beberapa perkongsian netizen di twitter.

Untuk pengetahuan, Halo merupakan fenomena optik dalam bentuk lingkaran cahaya yang berputar atau bulatan di sekitar matahari. Kejadian ini berlaku apabila cahaya matahari lalu pada hablur ais berbentuk heksagon yang terdapat pada awan Sirus.

Apabila melalui hablur ais tersebut, cahaya akan terbias pada suatu sudut dan akan muncul suatu lingkaran cahaya yang mengelilingi Matahari.

Walaupun kejadian ini kerap berlaku di luar negara, tetapi di Malaysia, fenomena ini  hanya berlaku dua atau tiga kali dalam setahun. Sedihnya

Ketua Unit Baitul Hilal, Port Dickson, Muzamir Mazlan berkata, kali terakhir fenomena itu berlaku  pada Januari lalu.

“Pada hari ini, fenomena Halo kelihatan di Port Dickson seawal pukul 10.15 pagi dan diketahui penduduk di Selangor dan Melaka juga dapat melihat fenomena Halo,”

Fenomena ini berlaku agak lama kerana bergantung pada awan dan cuaca mengikut kawasan. Fenomena ini adalah normal. Netizen tidak perlu risau dan dinasihatkan jangan membuat andaian yang pelik-pelik untuk menakutkan orang lain, lapor Utusan.

Baca: Ingat aku ape, Ironman?  [VIDEO] Lawak! Lelaki Bagi Komen Pedas, Lepas Viral Orang Percaya Vaksin Ada Sumber Magnet

Ironman

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syabil Yusop
Lagi tulisan Syabil
Kalau melawak dan membahan kawan sendiri memang nombor satu. Tapi kalau kena dekat batang hidung sendiri terus senyap sebulan. Obses dengan mens outfit dan bergambar. Kadang- kadang introvert kadang- kadang extrovert.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Subhanallah, cantiknya!”- Viral! Netizen Kongsi ‘Momen Indah’ Fenomena Halo Di SocMed
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/subhanallah-cantiknya-viral-netizen-kongsi-momen-indah-fenomena-halo-di-socmed/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM