in

“Cukup-cukuplah perasan nak ambik kerja tuhan!”- Erma Fatima Respon Isu Carl Samsudin

Erma Carl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pengarah Erma Fatima ada menyuarakan pendapatnya berkenaan dengan isu video usahawan Carl Samsudin terhadap seorang gelandangan warga emas berumur dalam lingkungan 60-an yang tular sejak hari Rabu lepas.


Ketika rakan artis, netizen dan pihak lain mengkritik Carl Samsudin itu, pelakon drama Mak Cun ini lain pula padangannya.

 

Tak nampak apa yang biadap

Untuk dirumuskan cerita, Erma menyatakan bahawa dia telah menonton video itu beberapa kali, akui caranya agak kasar tetapi Erma tak nampak kat mana biadapnya Carl dekat warga emas tersebut.

Memandangkan dirinya sendiri pernah bersemuka dengan orang-orang gelandangan ini, pelakon drama bersiri Diva Popular itu menegaskan bahawa ada segelintir gelandangan yang bermasalah perlu diberikan nasihat dengan tegas.

Disebabkan kenyataannya itu, Erma Fatima dikatakan telah dihentam netizen menerusi DM di Instagram segala kutukan netizen itu dia ada kongsikan di IG Story.

 

Sibuk cakap pasal ADAB tapi kita sendiri tak beradab dalam menegur orang. Cukup-cukuplah perasan nak ambik kerja tuhan!”

Di bawah ini merupakan antara screenshot yang dimuat naik, kata Erma, ada yang memberi kata-kata kesat namun Erma tidak mahu kongsikannya.

Erma2 Erma 1

Menerusi Instagram post malam tadi, Erma meluahkan rasa bengang dan terkilan dengan sikap netizen yang menempelak dirinya dengan cara yang kasar.

Katanya, isu dibangkitkan ini (isu Carl Samsudin) berkenaan dengan adab tetapi apabila menegur dan tidak sependapat, kecam orang sampai diluar batasan sampai hilang adab.

“Aku nak sambung… Kalau pun cara dia salah tegurlah dengan BAHASA YG BERADAB! Kita sebok cakap pasal ADAB tapi kita sendiri tak beradab dalam menegur orang.”

“Malulah dengan bahasa yg kau org guna. Aku REPOST semua kutukan kau org kt story aku. Takde hal ! Ada yang melampau bahasanya aku tak repost. Malu aku..mual dan jijik aku nk paparkan bahasa anak bangsa aku!”

Katanya lagi, tujuan semua gambar itu ditayangkan untuk meminta orang ramai baca dan nilaikan semula. Tambah Erma lgi, biarpun Carl itu dilihat kasar, sekurang-kurangnya dia tidak menggunakan kata-kata kesat.

Erma juga meminta untuk tidak sewenang-wenangnya menuding jari kepada orang sebelum menilai diri sendiri dulu.

Sebelum ini, Carl Samsudin menjadi perhatian sampaikan ramai pihak kesian melihat warga emas tersebut. Difahamkan, ada beberapa selebriti yang ingin membantu pakcik tersebut dan laporan sebelum ini menyatakan bahawa pakcik tersebut tak ambil hati dengan Carl.

 

Baca : “Saya pernah berdepan dengan orang gelandangan saya tahu mereka macam mana” – Erma Fatima Tak Rasa Cara Carl Samsudin Biadap

Erma

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.