in

“Saya pernah berdepan dengan orang gelandangan saya tahu mereka macam mana” – Erma Fatima Tak Rasa Cara Carl Samsudin Biadap

Erma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kekecohan isu usahawan yang dilabelkan biadap kepada gelandangan warga emas baru-baru ini sehinggakan ramai pihak buka mulut menegur sikapnya, lain pula dengan pengarah Erma Fatima.


Menurut mStar, Erma dah berulang kali menonton video itu dan bagi pendapatnya adalah tiada apa-apa yang menunjukkan influencer yang dikenali sebagai Carl Samsudin itu biadap.

 

Tak nampak dia biadab atau kurang ajar.

Kata Erma lagi, sebagai seorang yang pernah berhadapan dengan gelandangan bermasalah, Erma anggap mereka perlu diberikan satu teguran keras untuk ubah nasib hidup mereka.

“Saya bukan setuju dengan tindakan dia tapi saya tak nampak dia biadab atau kurang ajar. Lain lah kalau dia guna perkataan kesat atau kasar. Saya tengok dalam video itu berulang kali sebelum nak beri komen.”

Bagi Erma, itu adalah cara dia beri motivasi kepada golongan gelandangan terutama anak muda.

“Dia hanya jadikan pakcik itu sebagai contoh untuk anak-anak muda yang memilih untuk menjadi gelandangan. Saya faham pakcik itu orang tua dan mungkin cara individu itu ada kasar sikit. Tapi saya melihat dia sebagai seorang lantang dan tegas.”

Memandangkan pernah berhadapan dengan golongan seperti ini, Erma Fatima juga mengatakan bahawa ada kalanya nak beri motivasi kepada orang gelandangan ini memang ‘tak jalan’ kalau cakap dengan cara lembut.

“Saya pernah berdepan dengan orang gelandangan, jadi saya tahu perangai mereka macam mana.”

Oleh sebab itu, pelakon Mak Cun ini berharap agar netizen tidak hanya menonton video itu daripada satu sisi sahaja tanpa menilai perkara lain.

“Individu itu hanya untuk beri motivasi agar anak-anak boleh mengubah nasib tanpa perlu memilih menjadi gelandangan. Kita tak boleh hanya melihat pakcik itu sahaja, kalau anda tengok video itu betul-betul, ada ramai anak-anak muda gelandangan di situ. Ramai anak muda memilih untuk jadi gelandangan.”

“Sedangkan mereka boleh bekerja tapi pemalas. Mungkin orang melihat individu itu muda dan tiada adab bercakap dengan orang tua seperi itu, tapi itulah cara orang beri motivasi.”

“Netizen hanya nampak individu itu kurang ajar tapi kita tak berada di situ dan tak tahu perangai sebenar segelintir gelandangan macam mana…Ada yang pengotor dan pemalas.”

Untuk rekod, sejak semalam viral satu video seorang individu memberikan taklimat dan motivasi kepada orang gelandangan, video itu jadi tumpuan dan mengundang kritikan netizen kerana cara lelaki itu mempersoal kisah lampau seorang gelandangan warga emas yang dianggap biadap.

 

Baca : “Umur berapa? Masa muda dulu menyesal tak main-main” – Netizen Bengang Tengok Cara Founder Persoal Warga Emas Depan Orang Ramai

Wargaemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.