Sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan ada segelintir rakyat yang mungkin berdepan dengan masalah kewangan khususnya dalam mendapatkan barangan keperluan harian.
Perkara yang sama dihadapi oleh seorang bapa muda yang terpaksa menebalkan mukanya meminta simpati pada bantuan ehsan di Sandakan Sabah.
Perkongsian itu dibuat oleh, Abam Botak seorang aktivis masyarakat melalui laman facebooknya.
Dalam perkongsian Abam Botak, diceritakan yang lelaki tersebut mengejar kenderaannya dalam keadaan termengah-mengah.
Dia merayu supaya dia diberikan bantuan agar dapat diberikan kepada anak dan isterinya di rumah.
Bagaimanapun Abam tak dapat beri sumbangan kerana barangan sudah ada pemilik
“Alhamdulillah kami dapat beri bantuan kepadanya, masa salam dia cuba untuk cium tangan saya, saya tarik cepat-cepat…”
Perkongsian Abam telah menarik perhatian ramai netizen malah mereka tumpang gembira dan bangga terhadap Abam Botak kerana berjaya membantu orang yang dalam kesusahan.
Semoga keadaan akan kembali pulih dan rakyat boleh bekerja seperti biasa.