in

“Contoh yang baik dekat anak-anak” – Walaupun Bincang ‘Business” Juta-Juta Datin Shahida Dipuji Sebab…

Feature Image Baem

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sapa je tak kenal dengan keluarga jutawan kosmetik dalam Malaysia ni iaitu Dato’ Sri Alif Syukri dan Datin Sri Shahida.


Dato Alif yang bermula dari bawah dengan menjual produk kosmetik di pasar sehinggalah kini berjaya mempunyai legasinya sendiri.

Namun, baru-baru ini seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khairul Hakimi Muhammad telah memuat naik posting  yang mana dia kagum melihat cara layanan Datin Sri Shahida melayan anaknya walaupun sedang bincang hal-hal kerja.

Jujurnya selain dari dapat makan bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan keluarganya malam tadi, kami juga dapat bersembang…

Posted by Khairul Hakimin Muhammad on Tuesday, October 22, 2019

Dia dijemput oleh pasangan itu untuk kerumah mereka bagi membincangkan hal-hal kerja serta dijamu makan malam. Tambahnya lagi dia dapat bersembang dengan Dato’ mengenai jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan ini.

“Tiba-tiba Baim datang kepada Datin dan menghulur kertas”

Sedang asyik berborak, lelaki ini mengatakan bahawa anak lelaki Dato’ Ibraheem Adham, 6 yang lebih mesra disapa sebagai Baim tiba-tiba datang meluru ke arah Datin Shahida kerana ingin bertanya mengenai kerja sekolah.

“Tiba-tiba Baim datang kepada Datin dan menghulur kertas.”

“Terus Datin berhenti bersembang dan beliau membiarkan Baim duduk di atasnya, meleset dan kemudian membantu Baim menyiapkan kerja sekolahnya.”

Lelaki ini teruja dengan sikap yang ditunjukkan oleh Datin dimana beliau sanggup menolak tepi semua urusan bisnes juta-juta demi anak. Tak semua orang boleh buat macam ni.

Baem Nakal
Sumber: facebook

Tambahnya lagi beliau mempunyai pengalaman yang sama seperti ini pada sebelum ni, namun cara yang disampaikan oleh individu itu sangat bertentangan dengan cara Datin ini.

“Saya pernah tengok di hadapan mata, ada pakcik yang marahkan budak bising, ada puan itu yang suruh pergi naik atas siap-siap tak boleh campur orang tua bersembang dan ada yang risau sangat anak-anak ini akan ganggu sampai ke tahap budak-budak ini tanya atau memanggil ayah atau emak, dihalaunya begitu sahaja.”

Betul lah orang kata, kalau nak murah rezeki kena lah buat baik dan rajin layan kanak-kanak.

Setelah selesai memberi tunjuk ajar dekat Baem, Datin turun mencium pipi anaknya itu dan kemudiannya Baem terus berlalu pergi dan perbualan bersama Datin kembali seperti biasa.

Lelaki ini turut berkata dia ada teringat kata-kata dari seorang ustaz melalui kuliah subuh yang mengatakan kalau mahu murah rezeki, layanlah anak-anak.

“Nak rezeki masuk, layan budak-budak, jaga hati orang tua dan berbanyak tahan sabar dengan orang yang kita sayang.”

Tambahnya lagi anak-anak kecil ni tak tahu apa-apa. Ibu bapa lah sememangnya yang mencorakkan mereka. Kalau ibu bapa tunjuk dan beri contoh yang baik di hadapan mereka, InshaAllah mereka akan belajar dari situ dan mengikutinya.

“Dia budak yang tak tahu apa, yang kita masih boleh peluk bila-bila masa dan boleh juga kita ajar dia erti berbahasa apabila kita juga berbudi elok menyambut soalan dan pertanyaan dia.”

Lelaki ini turut menambah sekeping gambar yang menunjukkan anak lelaki pasangan jutawan kosmetik ini yang sedang bermain dibawah meja dimana mereka semua sedang berbincang mengenai hal-hal kerja. Namun, kanak-kanak itu tidak dimarahi dan mereka meneruskan perbincangan mereka seperti biasa. Allahu, respect sungguh.

Baem Bawah Meja
Sumber: instagram

Hasil perkongsiannya ini mendapat lebih kurang 21 ribu share, 22 ribu like, dan 4 ribu komen yang mana rata-rata netizen terharu dengan sikap penyanyang yang ditunjukkan oleh Datin.

Komen Baik 1
Sumber: facebook
Komen Baik 2
Sumber: facebook

Tak kurang dari itu, Datin Shahida juga telah perasan mengenai posting ini dan beliau rasa bersyukur serta memuat naik posting ini di laman Instagram miliknya.

Datin Notice
Sumber: instagram

Alhamdulillah, min pun memang suka tengok Dato dan Datin layan anak-anak mereka.

Baca: “Saya sayang awak sampai mati” – Akhirnya Berbaik-baik Dengan Isteri, Aliff Syukri Muncul Dengan Lagu Baru

Berbaik

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.