in

“Saya sayang awak sampai mati” – Akhirnya Berbaik-baik Dengan Isteri, Aliff Syukri Muncul Dengan Lagu Baru

Aippp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya umum sudah tahu, semenjak dua menjak ini hubungan Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida seakan retak. Masing-masing saling meluah rasa di media sosial dan seakan beri hint yang mereka tak lagi sehaluan.

Tapi berita baik hari ini, Aliff Syukri dengarnya sudah berbaik-baik dengan isteri dan siap memuat naik video mereka berpelukan sambil memohon maaf antara satu sama lain. Alololo ciannya tengok datin nangis. 


https://www.instagram.com/tv/B33rXlfpFJl/?igshid=1x7ltynmyprfc

Kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..apa pun saya sayang awak sampai mati @shahidadherbs dan family kita❤️”

 

Keluar lagu baru bertajuk #CubaBahagia 

Kalau tak ada lagu baru, tu bukan Datuk Aliff la kan… Di hujung posting panjang lebarnya, Aliff Syukri sempat menyelit nak beritahu netizen yang beliau bakal muncul dengan lagu baru bertajuk Cuba Bahagia.

Lagu ni katanya bersempena dengan kisah sedih akibat pergaduhannya dengan isteri dalam 3 bulan ni. Korang boleh dengar lagu tu kat montaj atas tadi tu.

Lagu #cubabahagia itu sy ciptakan sempena kisah sedih saya yg bergaduh hampir 3bulan?”

Bahagia 1
sumber: instagram

 

“Jangan gaduh lagi Dato Datin… Kesian anak-anak. Moga perkahwinan kekal bahagia” 

Rata-rata netizen yang melihat posting ini ternyata bersyukur dan gembira tengok Aliff dan isterinya baik semula. Yalah kan, sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri.

Ini
sumber: instagram

Jangan gaduh-gaduh lagi ye! 

Baca: “Kalau dia tinggalkan datin kami boikot dia” – Netizen Marah Aliff Syukri Letak Caption Aibkan Isteri, Tapi ‘Edit’ Lepas Dibidas Ramai

Boikot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.