in

“Comel jalan macam penguin” – [Video] Jungkook Tak Malu Mengaku Seluar Terkoyak Masa Perform

Collage 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, BTS mengadakan konsert terakhir world tour mereka “Love Yourself: Speak Yourself” di Seoul. Masa di hujung konsert ini, Jungkook kongsikan “kisah istimewa” kepada peminatnya.


Menurut Koreaboo, semasa konsert BTS ini, peminat perasan yang Jungkook tiba-tiba tunduk dan periksa seluarnya atas pentas dan tiba-tiba dia bangun sambil memberikan senyuman misteri.

Sejurus selepas dia diberikan peluang untuk bercakap dengan peminatnya, penyanyi pujaan ramai ni terus mengaku yang seluarnya terkoyak akibat menari lasak sangat!

Saya bekerja keras harini, lepas habis saya tunduk lama sikit sebab kaki saya rasa sejuk, rupa-rupanya seluar saya koyak. Sebab tu saya kena rapatkan kaki.”

Korang boleh tengok video kat bawah ni bila Jungkook terpaksa jalan macam penguin sebab tak nak nampak seluar dia terkoyak. Hahahaha comel je.

Lebih kelakar, masa Jungkook nak bagitahu peminat tentang keadaan seluarnya, Jin dan ahli kumpulan lain cuba untuk menahan dia dari kongsikan benda yang memalukan itu.

Tapi Jungkook tetap berkeras untuk sambung cerita dia kerana dia menganggap ARMYs seperti keluarganya sendiri. Awhhh

Okay, jangan comel sangat please!

 

Baca: “Biarlah kalau dia ada GF pun” – CCTV Dedah Kemesraan Jungkook Dengan Seorang Wanita Buat ARMY Kecewa? Screenshot 2019 10 29 At 1.14.58 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.