in

“Biarlah kalau dia ada GF pun” – CCTV Dedah Kemesraan Jungkook Dengan Seorang Wanita Buat ARMY Kecewa?

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu gambar yang diambil dari rakaman CCTV yang dikatakan menyerupai salah seorang anggota kumpulan BTS, Jungkook berpelukan dengan seorang wanita telah tersebar dan membuatkan ARMY di seluruh dunia kecewa. Tapi betul ke Jungkook ni?


Menurut Koreaboo, dalam gambar ni, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai Jungkook berpelukan dengan seorang wanita yang dipercayai kekasihnya. Akibat dari ketularan gambar ini, ramai juga ARMY yang sampai buat ugutan dekat wanita dalam gambar tu sebab tak puas hati Jungkook ada kekasih. Ses aaa

Unnamed
Sumber: koreaboo

Namun ada juga beberapa netizen percaya yang individu dalam gambar tersebut bukanlah Jungkook tapi rapper Hash Swan. Selepas DM Hash Swan diserang dengan isu ini, rapper tersebut telah pun memuatnaik story mengatakan dia bukan individu di dalam gambar tersebut.

Menurut NST, selepas gambar ini tular dan menjadi pertanyaan netizen, agensi BTS, Big Hit Entertainment telah menafikan khabar angin ini.

Befunky Collage 1310

“Kami nak jelaskan yang tuntutan tentang artis kami, Jungkook, yang sedang tular di media sosial adalah tak benar.

“Jungkook dapat tahu yang kawan-kawannya dari kedai tatu berada di kawasan yang sama dengan tempat dia bercuti, Pulau Geoje. Jungkook bertemu dengan mereka untuk keluar makan dan berkaraoke. Ini adalah kebenaran yang telah dimanipulasi.

“Kami kesal perkara remeh mengenai kehidupan peribadi artis kami semasa sedang bercuti disalahertikan. Kami akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyebarkan maklumat peribadi dan pelanggaran privasi selepas kami siasat sama ada gambar CCTV ini telah disebarkan atau dirakam secara haram.

“Kami juga akan ambi tindakan kepada sesiapa yang menyebarkan maklumat palsu.”

Ayook, kan agensi dia dah marah. Tapi, apa salahnya kalau Jungkook nak ada girlfriend pun. Dia pun ada keinginan sendiri kan? Patutnya sebagai peminat, kita kenalah terima dan sokong apa yang dorang nak buat. Ye dokkk?

 

Baca: “Bila orang berilmu berbicara” – Netizen ‘Salute’ Pandangan Ramli Sarip Sokong BTS Masuk Malaysia

Screenshot 2019 09 18 At 3.58.21 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.