in

Comel Gelagat Anjing dan Kucing Berkawan Baik Ini. Gambar No. 9 Paling Cute!

Anj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika disebut perumpamaan bagai anjing dengan kucing, pasti semua orang tahu maksudnya merujuk kepada dua orang yang suka bertengkar. Anjing dan kucing sememangnya tidak boleh duduk dekat antara satu sama lain. Namun, lain pula dengan anjing dan kucing ini yang tidak seperti anjing dan kucing lain pernah anda lihat.


Menurut The Dodo, baru-baru ini tular kisah seekor anjing bernama Henry dan seekor kucing dikenali sebagai Baloo yang bukan sahaja tidak bertengkar apabila bersua malah rapat bagaikan isi dengan kuku. Dah macam kawan baik!

An3
sumber: bored panda
Kh
sumber: bored panda

Henry merupakan seekor anjing golden retriever milik Cynthia Bennet dan teman lelakinya. Cynthia memberitahu bahawa sewaktu dia mahu mengambil Henry menjadi anjing peliharaan, banyak lagi anjing lain di tempat tersebut namun mata mereka begitu tertarik kepada Henry.

“Kami tengok sekeliling dan Henry hanya duduk diam sahaja. Pemilik tempat tersebut memaklumkan bahawa Henry hanya berusia tiga bulan setengah tetapi badannya lima kali lebih besar daripada anak anjing lain,” kata Cynthia.

“Lepas tu Henry datang dan duduk di atas riba saya.”

An1
sumber: bored panda

Saat itu, Cynthia dan teman lelakinya yang merupakan hiker tegar memutuskan untuk mengambil Henry menjadi haiwan peliharaan mereka. Mereka berhijrah ke Colorado semata-mata agar dapat melakukan aktiviti luar pada hujung minggu.

Cynthia dan teman lelakinya gembira apabila mengetahui bahawa Henry juga gemarkan aktiviti yang sama seperti mereka sewaktu membawa anjing tersebut mendaki bersama di Colorado Springs.

“Dia (Henry) jumpa kawasan yang paling curam, batu yang paling tinggi dan selalu berlari ke puncak untuk tolong tengokkan mana hujungnya kepada kami,” cerita Cynthia lagi.

An4
sumber: bored panda

Beberapa bulan kemudian, pasangan tersebut teringin untuk memiliki haiwan peliharaan yang lain. Pada waktu inilah mereka mengambil Baloo, seekor kucing baka Siam yang dijumpai di sebuah pusat menyelamat haiwan. Sewaktu Baloo diperkenalkan kepada Henry, Baloo kelihatan begitu selesa dengan anjing tersebut. 

An6
sumber: bored panda
K 2
sumber: bored panda

Melihatkan hubungan akrab anjing dan kucingnya, Cynthia mengakui bahawa dia tidak pasti bagaimana kucing dan anjingnya boleh membiasakan diri dengan satu sama lain sebegitu rupa. Henry dan Baloo juga sangat gemar mengikut mereka mendaki dan melakukan aktiviti luar.

“Dia (Baloo) bukan kucing yang kita boleh tinggal kat rumah berseorangan di hujung minggu. Saya rasa dia fikir dia seekor anjing.”

“Kalau saya pegang tali Henry, Baloo akan mula menjerit di pintu.”

An5
sumber: bored panda
An2
sumber: bored panda
Us Again
sumber: bored panda

“Saya panggil mereka adik beradik, tapi saya rasa Baloo fikir Henry tu ibunya sebab dia selalu minta menyusu.”

Alahaaaaiii comelnyaaaa anjing dengan kucing ni! Kucing ni ingatkan dia tu anak anjing la tu!

Baca: “Jiran-jiran tak benarkan saya pegang, selamatkan mereka. Tapi anjing pun ciptaan Allah…”

Lsakjlkdsj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.