in

“Jiran-jiran tak benarkan saya pegang, selamatkan mereka. Tapi anjing pun ciptaan Allah…”

Yaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah dua ekor anjing liar diperlakukan dengan kejam oleh individu tidak bertanggungjawab. Namun, kali ini kami kongsikan pula kisah kebaikan seorang lelaki beragama Islam dari Seremban yang berbakti kepada anjing terbiar.


Lebih dikenali dengan nama Pak Hassan, lelaki berusia 70 tahun ini lebih mementingkan perasaan belas kasihan dan kasih sayang sesama makhluk daripada tanggapan negatif masyarakat. Menurut WORLD OF BUZZ, lelaki berkenaan telah menyelamatkan beberapa ekor anjing terbiar daripada dianiaya oleh penduduk setempat.

An1
sumber: sinchew

Lelaki tua berhati mulia ini berniat untuk membina sebuah tempat perlindungan kepada anjing-anjing liar yang diselamatkannya. Selagi masih hidup dan sihat, Pak Hassan nekad untuk berusaha sedaya upaya membantu haiwan-haiwan yang terbiar apatah lagi dengan sokongan penuh diterima daripada isteri dan anak-anaknya.

Malah, isteri dan anak-anak Pak Hassan juga kerap membantunya menguruskan dan menjaga anjing-anjing terbiar yang diselamatkan itu.

An2
sumber: sinchew

“Daripada kecil, saya ajar anak-anak yang hidup ni berharga dan mesti dihormati, tak kira haiwan jenis apa sekalipun. Jadi, anak-anak memang sangat hargai hidup dan hormat pada semua jenis kehidupan.”

Pada asalnya, Pak Hassan bukanlah seorang pencinta anjing. Tiga tahun lalu, dia mula menyelamatkan anjing liar setelah menyaksikan beberapa orang di kawasan kejiranannya yang bertindak melastik haiwan tersebut tanpa sebarang sebab yang munasabah.

An5
sumber: sinchew

“Saya cuba untuk hentikan mereka tapi tak berjaya. Waktu itulah saya mendapat idea untuk memberikan tempat berteduh kepada anjing-anjing liar. Banyak kali saya tengok anjing-anjing ini dibaling dengan batu sampai kepala berdarah, kaki patah. Kadang-kadang ada penangkap anjing datang dan bunuh anjing-anjing liar tu.”

Pak Hassan mula memberikan makanan kepada anjing-anjing liar yang berada di luar kawasan rumahnya tetapi jiran-jiran tidak senang dan membuat aduan tentang perilakunya. Ini menyebabkan Pak Hassan memutuskan untuk menjaga anjing liar tersebut di dalam kawasan rumahnya pula.

Bermula daripada seekor anjing yang telah patah kakinya bernama Cindy, Pak Hassan kini telah menyelamatkan lebih daripada 20 ekor anjing liar.

An3
sumber: sinchew
An4
sumber: sinchew

“Jiran-jiran tak benarkan saya pegang, selamatkan mereka. Mereka kata ini bertentangan dengan agama saya. Tapi anjing pun ciptaan Allah.”

Selepas tidak putus-putus menerima aduan daripada penduduk setempat, Pak Hassan terpaksa memindahkan anjing-anjing tersebut ke kawasan lain. Dia menggunakan hampir kesemua wang simpanan pencennya untuk menyediakan tempat lindungan kepada anjing-anjing yang diselamatkan.

Anjing memang dikategorikan sebagai najis berat, namun itu bukan alasan untuk kita berbuat perkara yang tidak elok kepada haiwan itu.

Baca: “Aku nampak dua tangan yang menyeksa anjing tu dan sengaja merakam dengan tujuan nak viralkan!”

Fdfdf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.