in

Cinta Berputik Di Usia Emas, Pasangan Veteran Ini Berkahwin Selepas Tiga Bulan Berkenalan

Capture 20170508 162432 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Cinta Berputik Di Usia Emas, Pasangan Veteran Ini Berkahwin Selepas Tiga Bulan Berkenalan
Loading
/

Meskipun baru bertemu pada bulan Mac lepas, dua warga emas ini telah jatuh cinta selepas beberapa kali menemani satu sama lain ke hospital.


Mariah Abdul Hamid, 70 dan Ismail Sapuan, 62 kini sah menjadi suami dan isteri. Kedua-duanya telah disatukan dalam satu majlis akad nikah di Masjid Al-Ansar di hadapan ahli keluarga, sahabat dan juga staf dan ahli sukarelawan dari Pusat Aktiviti Warga Tua Sunlove-Kampung Chai Chee di Chai Chee Avenue, Singapura semalam.

Capture 20170508 160338
sumber: youtube

Menurut The Straits Times, pasangan ini memilih untuk berkahwin supaya mereka dapat saling membantu satu sama lain untuk melalui usia senja. Mereka juga mengakui cinta mula berputik semenjak sering bertemujanji di kedai makan dekat Geylang dan Kampung Changi.

Mariah yang juga bekas staf poliklinik telah menjanda selama 29 tahun bercerita,

Bila dia mengajak saya untuk berkahwin, saya terkejut. Saya tak sangka akan berkahwin lagi pada usia begini. Saya memang teruja dan gembira. Dia seorang yang ramah, suka ketawa… belum pernah lagi saya bertemu dengan lelaki macam tu.”

Manakala Ismail, bekas pemandu ambulans pula mengatakan,

Kami berdua ada penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Kami boleh menjaga antara satu sama lain bila kami sakit nanti.” 

Capture 20170508 162202
sumber: youtube
Majlis perkahwinan pasangan veteran ini telah dijayakan oleh pengurus sukarelawan dan pusat aktiviti, Noraidah Haji Akib. Pusat itu juga telah menaja belanja majlis sebanyak $1,000 bersamaan RM3,087 termasuk makanan yang disediakan.

Menurut Noraidah, dia dan ahli sukarelawan yang amat menggalakkan mana-mana pasangan veteran untuk berkahwin supaya mereka dapat menjaga diri satu sama lain. Malah mereka amat teruja apabila mendengar mengenai majlis tersebut dan bertungkus lumus membantu dari segi solekan, kek perkahwinan dan dekorasi.

Capture 20170508 162432
sumber: youtube

Sama ada Mariah mahupun Ismail, perkahwinan kali ini bukanlah perkahwinan yang pertama. Ia merupakan perkahwinan ketiga Mariah yang sudah mempunyai tiga orang anak. Manakala ia pula perkahwinan keenam Ismail yang mempunyai seorang anak perempuan.

Pernikahan Mariah juga mendapat restu anak-anaknya. Rosmawati Jamalik lega apabila ibunya menemui pasangan hidup.

Mereka nampak comel bersama. Sekarang mereka boleh bergantung dengan satu sama lain. Ibu nampak lebih gembira setelah sekian lama dia berseorangan selepas ayah meninggal dunia disebabkan kanser.” 

Capture 20170508 161828
sumber: youtube

Pasangan veteran ini juga bercadang untuk berbulan madu di Langkawi ataupun Melaka.

Trend berkahwin pada usia tua dilihat semakin diikuti pada tahun 2015 apabila terdapat peningkatan dari 99 orang perempuan dan 442 orang lelaki berusia 60 tahun ke atas bernikah, berbanding 68 orang perempuan dan 374 orang lelaki pada tahun 2014.

Cinta tak mengenal usia dan paras rupa. Siapa tahu rahsia Tuhan, kan? 

Tonton video di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.