in

“Mungkin takde yang boleh tengok anak dia” – Kereta Rempuh Bank Masa Anak Dalam Kereta Tunggu Ibu Cucuk Duit

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukanlah satu perkara yang luar biasa untuk kita tinggalkan anak dalam kereta untuk selesaikan urusan sekejap kan? Macam beli barang, pergi bank dan lain-lain.


Begitu juga dengan wanita dari Sabah ini apabila dia telah meninggalkan dua orang anaknya yang berusia dua dan lima tahun di dalam kereta untuk keluarkan duit di bank.

Namun, menurut Sinar Harian, selepas wanita ini meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin terpasang di depan bank, dia telah beratur di mesin juruwang automatik (ATM) sebelum salah seorang orang awam tiba-tiba menjerit.

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superitendan Champin Piuh berkata kereta tersebut telah melanggar pintu utama bank tersebut.

859325

Ketika wanita itu sedang beratur di luar ATM, tiba-tiba orang awam menjerit dan mendapati kereta yang ditinggalkannya telah melanggar pintu utama bank terbabit dan menyebabkan cermin pintu rosak.”

Pun begitu, dua kanak-kanak dalam kereta tersebut dan orang awam yang berada di dalam bank tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Siasatan awal mendapati, insiden ini berlaku disebabkan wanita ini cuai dan meletakkan kenderaanya dalam keadaan masih hidup dan gear terletak di posisi ‘drive’.

Tapi, beberapa netizen membuat teori, mungkin wanita tersebut telah meletakkan gear di posisi ‘neutral’ dan salah seorang anaknya telah tertolak gear tersebut ke posisi ‘drive’. Make sense jugak…

Screenshot 2020 10 22 At 1.05.44 Pm

Netizen lain juga turut menasihati ibu bapa untuk lebih berhati-hati jika nak tinggalkan anak-anak di dalam kereta sebentar.

Screenshot 2020 10 22 At 1.08.42 Pm Down

Kes ini disisasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu gagal mengawal kenderaan semasa memandu dan menyebabkan kemalangan kerana siasatan awal mendapati wanita ini cuai.

Nak komen, nak salahkan ibu ni pun kita tak tahu apa situasi dia, lagi pun kalau dia tahu benda nak jadi macam ni, takde dia nak tinggalkan anak macam tu. Kita ni pun tak tahu dugaan apa yang kita bakal hadapi nanti.

 

Baca: “Sebar penyakit dikira kecuaian ibu bapa” – Ibu Bapa Yang Tak Vaksin Anak Mereka Boleh Disaman?

Screenshot 2020 10 22 At 1.18.10 Pm

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.