“Cerita bekas isteri saya bukan cerita penuh” – PU Abu Mohon Maaf, Kecewa Bekas Isteri Buka Aib di Media Sosial

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semenjak terbongkarnya kisah rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan isterinya beberapa hari lepas, kisah pasangan ini terus-terusan jadi perhatian netizen sehingga timbul macam-macam spekulasi.

Kalau sebelum ni, Ain Afini iaitu bekas isteri PU Abu yang dilihat banyak mengeluarkan ‘cerita’ mengenai apa yang berlaku di dalam rumah tangga mereka. Kini nampaknya giliran PU Abu pulak cuba menyelamatkan keadaan.

Sumber: Instagram

Menurut mStar, PU Abu mendakwa kisah yang dikongsikan isterinya itu hanyalah sebahagian daripada ‘cerita sebenar’. Oh ye ke??

 

“Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni” 

PU Abu yang dihubungi mStar baru-baru ni memaklumkan bahawa kisah yang diceritakan isterinya bukanlah kisah sepenuhnya dan hanya sebahagian dari keseluruhan cerita.

“Itu bukan cerita penuh. Saya cuma boleh cakap cerita bekas isteri saya tu bukan cerita sepenuhnya. Ia hanya sebahagian,” katanya.

Sumber: Blog

PU Abu yang ketika ini berada di Makkah berkata, kontroversi yang melanda dia, bekas isteri dan isteri barunya ini merupakan isu lama yang tak diketahui umum sebelum ni.

Pun begitu PU Abu kecewa apabila bekas isterinya telah membuka aib keluarga dengan membuka kisah ini di media sosial sehingga jadi perhatian netizen ramai.

Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni.”

Ain Afini | Sumber: Instagram

 

“Saya PU Abu memohon maaf di atas kesalahan saya menceraikan isteri ketika mengandung” 

Menerusi sebuah posting Instagram yang telah dipadam PU Abu sebelum ni, dia telah memohon maaf atas keterlanjurannya dalam menceraikan isteri dalam keadaan sedang hamil.

Sumber: mStar

Apa-apapun marilah kita doakan semoga kemelut rumah tangga PU Abu dan isteri serta bekas isterinya ini dapat diselesaikan dengan baik. Moga ada keadilan buat bekas isteri yang sedang sarat mengandung. 

Baca: Kecoh Isu Pendakwah Cerai Isteri Sedang Hamil, Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Sedih

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!