Kecoh Isu Pendakwah Cerai Isteri Sedang Hamil, Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Sedih

Jadikan sumber pilihan di Google
Kecoh Isu Pendakwah Cerai Isteri Sedang Hamil, Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Sedih

Kisah seorang bekas peserta program Pencetus Ummah yang dilapor telah menceraikan isterinya untuk menikahi seorang janda terus menjadi tumpuan.

Rata-rata yang mengikuti isu ini, meluahkan rasa sedih dan simpati mereka terhadap si isteri yang ditinggal begitu sahaja dalam keadaan dia sedang sarat mengandungkan zuriat berusia tujuh bulan.


Perkara ini, sudah pun diakui oleh tuan empunya badan sendiri.

Isteri mana yang tidak pilu, apabila si suami mudah berubah hati dan berpaling kasih terhadap wanita lain kan? Nak ulas panjang pun, agak berat hati juga dibuatnya kerana ini melibatkan hal peribadi orang lain.

Jadi kita kongsikan terus je la satu entry yang dimuatnaik oleh seorang pendakwah bebas yang sejuk mata memandang, dan memang terkenal sebagai seorang individu yang rajin turun padang menyantuni golongan-golongan terpinggir dalam masyarakat kita.

Siapa lagi kalau bukan Ustaz Ebit Lew.

Ebit1

 

Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya hari ini, Ustaz Ebit meluahkan rasa sedih jika beliau terbaca kisah-kisah kaum isteri diceraikan sewaktu sedang hamil — hanya kerana si suami ingin melampiaskan nafsunya memiliki seorang lagi isteri lain.

Beliau turut mengakui sudah seringkali bertemu dengan anak-anak muda di jalanan yang datang dari keluarga bercerai-berai, dan perkara itu benar-benar meruntun hati.

 

Isteri amanah Allah

Ebit2

Di dalam postingnya itu beliau turut berkongsi kisah-kisah penceraian yang pernah dirujuk kepadanya — dan sewaktu fasa itu berlaku jelasnya, setiap orang hanya melihat keburukan dan kekurangan masing-masing tanpa mempertimbangkan walau sedikit kebaikan yang ada pada pasangan mereka.

Beliau berkata, isteri adalah amanah Allah dan adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memimpin mereka. Jangan hanya kerana perkara-perkara remeh, mereka terus dijatuhkan talak dan ditinggalkan begitu saja.

Apa yang penting katanya, setiap pasangan perlulah melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu agama – baik sebelum mahupun selepas bernikah supaya bahagia yang dicari itu dapat dikecapi bersama.

Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai, serta tangisan anak-anak.

 

Baca: Lepas Kecoh Kisah Cerai Isteri Sarat Mengandung 7 Bulan, Wanita Ini Pula Dedah ‘PU’ Pernah Buli Anak Sampai Terpaksa Tukar Sekolah

Featured 38

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Penggemar berat Morrissey dan Dwight Schrute.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kecoh Isu Pendakwah Cerai Isteri Sedang Hamil, Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Sedih
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kecoh-isu-pendakwah-cerai-isteri-sedang-hamil-ustaz-ebit-lew-luah-rasa-sedih/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen