Akhirnya selepas 11 tahun bersama Running Man, episod terakhir Lee Kwang Soo di dalam rancangan tersebut ditayangkan kepada umum baru-baru ini.
Episod 559 itu mesti menjadi ingatan ramai sampai bila-bila, apabila Kwang-Soo menjadi ahli asal ketiga meninggalkan rancangan tersebut selepas Song Joong Ki dan Kang Gary beberapa tahun lalu.
Ahli lain bagi surat sedih
Untuk meraikan rakaman terakhir pelakon tersebut, dalam episod itu mereka mengikut kemahuan Kwang Soo untuk pergi ke ‘Sungai Han’ iaitu tempat Running Man pertama kali bersiaran pada tahun 2010.
Paling menarik perhatian dalam satu babak episod itu adalah, semua ahli memberi surat yang mereka tulis kepada Kwang Soo. Dalam surat itu mereka meluahkan seolah-olah tidak percaya dengan perkara yang jadi.
Song Ji Hyo yang dah dianggap sebagai kakak Kwang Soo dalam rancangan tersebut, menyatakan bahawa dia akan menangis setiap kali teringat pada pelawak itu. Manakala HaHa dan Jae Suk juga seakan terkilan, apabila mereka dilihat bakal merindui ‘adik’ yang selalu jadi mangsa menyakat ini.
Penerbit menangis
Tak cukup dengan babak sedih itu, penerbit utama Running Man juga ‘ditangkap’ menangis oleh HaHa ketika dalam satu babak penggambaran. Dia kononnya berkata, matanya berair sebab ada lalat datang. Tibehh sangat lalat eh.
PD Bopil crying barely halfway into the shoot is really me crying halfway while watching running man pic.twitter.com/agPana1dUF
— 런닝~? (@amillionrm) June 13, 2021
“Terima kasih kepada ahli lain yang dah macam keluarga saya”
Melalui akaun Instagram rasminya, Kwang Soo memuat naik sekeping gambar daripada episod makhluk asing yang disiarkan beberapa tahun lalu. Dia mengucapkan terima kasihnya kepada ahli yang lain sebab dah cipta banyak kenangan bersama selama 11 tahun.
https://www.instagram.com/p/CQETsc1ls7x/
Tak ada lagi ‘pengkhianat sejati’. Tak min tak sedih emm.
Sumber : Facebook, Twitter, Instagram
Baca : Selepas 11 Tahun, Lee Kwang Soo Ucap Selamat Tinggal Pada Running Man