in

Cara Wanita OKU Ini Berusaha Untuk Bantu Perniagaan Ibunya Menyentuh Hati Ramai

Page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terbatas pergerakan anggota badan mungkin dirasakan seperti suatu halangan untuk meneruskan hidup atau melakukan sebarang pekerjaan. Namun, wanita berkelainan upaya ini membuktikan yang sebaliknya apabila keadaan fizikal langsung tidak menghalangnya untuk menerokai dunia luar.


Seperti orang lain yang sibuk dengan perkembangan teknologi dan media yang semakin canggih, wanita OKU berusia 33 tahun dikenali sebagai Nursamawati Mahmud ini juga tidak ketinggalan untuk menggunakan kemudahan internet yang ada, lapor The Star.

L1
sumber: fmt

Oleh sebab pergerakan terhad yang dihadapinya, Nursamawati tidak menggunakan tangan atau kaki untuk mengakses maklumat di telefon bimbit atau komputer riba tetapi sebaliknya menggunakan lidah!

Bukan sahaja menggunakan telefon bimbitnya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook dan Instagram, Nursamawati juga menggunakan kemudahan yang ada untuk mempromosikan produk kicap, sos dan cuka berjenama ‘Mahmudah’ yang diusahakan oleh ibunya semenjak sepuluh tahun lalu.

L8
sumber: astro awani

Menggunakan lidah untuk menaip perkataan dan mengakses maklumat pada telefon bimbit dan komputer riba, Nursamawati yang berasal daripada Kampung Gelong Gajah mengakui bahawa usaha dilakukan tidak sia-sia kerana permintaan produk semakin meningkat. Kini, lebih kurang 4000 botol terjual setiap bulan sejak tahun 2015. Waaah!

“Saya cuba fikirkan macam mana nak kembangkan perusahaan mak saya ini. Sebelum ini kicap, sos dan cuka yang mak buat dipasarkan di sekitar daerah Pendang dan Pokok Sena sahaja.”

L6
sumber: youtube

Cara luar biasa Nursamawati ternyata menyentuh hati ramai yang rata-rata kagum dengan kesungguhan wanita ini. Ibu Nursamawati mengatakan bahawa anak sulung daripada lima beradik itu adalah seorang yang cekal dan tabah walaupun menyedari bahawa dirinya serba kekurangan.

Sikap tidak mudah mengalah Nursamawati juga membuatkan wanita dari Pendang, Kedah ini dijadikan inspirasi dan sentiasa dipuji oleh kenalan OKU lain yang tidak putus-putus mendorong usaha murninya.

“Saya bukan sahaja melayari laman sosial Facebook, Instagram dan WeChat untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, namun untuk memperkenalkan produk keluaran keluarga kami bagi menambah pendapatan keluarga.”

L2
sumber: the malay mail

“Saya wujudkan akaun saya dengan nama Kak Long Nursamawati untuk mengakses laman sosial. Pada mulanya rasa sakit lidah tapi lama kelamaan dah biasa dan semakin cepat saya menaip di papan kekunci dan memuat naik gambar sos dan kicap serta menerima tempahan.”

Terpaksa bergantung kepada ibu dan bapa untuk menguruskan dirinya seharian, Nursamawati mengalami kecacatan fizikal sejak berusia setahun sehingga menyebabkan tangan dan kakinya mengerekot dan tidak mampu bergerak.

L5
sumber: facebook

Orang macam ni lah sebenarnya yang wajar kita jadikan inspirasi!

Baca: “Tak ada otak!” – Netizen Bengang Laluan Pejalan Khas OKU Dijadikan Tempat Parkir Motor Orang Tak Prihatin

Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.