in

“Cara penyampaian dia agak negative” – Pengunjung Jelak Tok Kadi Bagi Tazkirah Pasal Poligami Masa Nak Akad Nikah Pengantin

Nikah8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari pernikahan yang sepatutnya hari untuk kita meraikan pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, mendoakan kebahagiaan mempelai untuk kekal ke anak cucu,  jadi lafaz nikah adalah detik paling penting supaya urusan itu dipermudahkan.


Tok Kadi memainkan peranan besar dalam menyatukan sesuatu pasangan, tazkirah yang diberikan sebelum akad seharusnya lebih membina untuk memberikan dorongan dan semangat kepada pasangan yang bakal menempuh ke alam baru.

Tapi lain pula jadi masa Shea Sonia menghadiri majlis nikah ni.

 

Cakap panjang pasal poligami

Ketika dia menghadiri satu majlis nikah ni, ada sedikit spoil dimana Tok Kadi memberikan tazkirah yang panjang lebar sampai lebih sejam padahal isinya cuma sedikit. Masa yang diambil itu bukan masalahnya, tapi cara tazkirah disampaikan itu macam tak kena tempat.

Nikah

Ayat yang berbelit-belit dan diulang-ulang banyak kali, meleret sehinggakan ada bayi dalam kalangan pengunjung dalam majlis tersebut mula merengek sampai ibu bayi tersebut terpaksa bangun. Barulah Tok Kadi tu mulakan akad nikah.

Menurut wanita ni, apa yang dikatakan oleh Tok Kadi tersebut bukan lah tidak benar dan konteks yang disampaikan itu tiada menyimpang, cuma….

Nikah2

 

Memang lah hukum tapi…

Tambahnya lagi, berbicara tentang topik poligami dihadapan pasangan yang baru pertama kali kahwin itu macam tak sesuai.

Nikah3

Dalam tazkirah tersebut, jurunikah tu hanya menekankan pasal isu poligami dan menaikkan darjat lelaki.

Nikah4

 

Unfortunately ada lelaki yang misused hadith ni konon bukti darjat diorang lagi tinggi di sisi Allah. Padahal no, only to their wives. Dengan perempuan lain tak applicable. Status of a mother. Ini jurunikah tu tak sebut pula”

Nikah5

Seperti yang dikatakan tadi, apa yang dikatakan Tok Kadi itu bukanlah salah, cuma caranya yang terlalu menekankan pada satu aspek itu yang nampak macam tak appropriate di hadapan pengantin.

Disebabkan itu, wanita ini beri respon dengan memberikan Rasulullah S.A.W sebagai contoh.

Nikah6

 

Bagaimanapun, demi menjaga aib, wanita ini tidak akan mendedahkan lokasi tempat pernikahan tersebut, kerana identiti Tok Kadi itu akan didedahkan dengan mudah. Jadi, dia tak nak buka aib orang, cukup hanya sekadar menzahirkan pendapatnya sahaja.

 

Baca : “Benda mudah jangan disusahkan” – Netizen Sokong Mufti Perlis ‘sound’ Tok Kadi Banyak Soal Sebelum Akad Nikah

Nikah7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.