in

“Benda mudah jangan disusahkan” – Netizen Sokong Mufti Perlis ‘sound’ Tok Kadi Banyak Soal Sebelum Akad Nikah

Maza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang ingin mendirikan rumah tangga. Ada yang pilih pasangan dari sama senegeri atau negeri lain. Tak kurang juga ada yang memilih untuk berkahwin awal atau lewat. Apa pun jua pilihan kita, niat suci murni untuk berumah tangga seeloknya dipermudahkan.


Kali ini bukan soal wang hantaran atau belanja pelamin, tapi kali ni kita nak tengok reaksi netizen lepas Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, atau lebih dikenali dengan Dr. MAZA, yang ‘sound’ tok kadi upacara akad nikah yang suka membuli pengantin dengan soalan-soalan yang menduga akal. Orang nak kawin, tengah nervous, dia boleh tanya soalan pulak. Lagi nervous lah dibuatnya. 

Mengulas mengenai isu ini di entri Facebook DrMAZA.com, Dr.MAZA mengatakan perihal ijab dan kabul itu adalah perkara yang mudah.

Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin”

JANGAN BULI PENGANTIN MASA AKAD NIKAH1. Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin…

Posted by DrMAZA.com on Friday, March 29, 2019

Netizen Setuju

Rata-rata netizen setuju dengan apa yang ditulis panjang lebar oleh Dr. MAZA. Perkara yang mudah dan boleh diselesaikan segera lebih elok dipercepatkan dan tak perlu dilengah-lengahkan dengan soalan yang pelik dan susah

234Ini semua soal malu pengantin. kena pulak soalan yang lagi susah dari exam Pendidikan Islam dekat sekolah dulu… haa memang nganga lah

345Kalau tok kadi tahu job scope dia, iaitu melaksanakan akad, kan lebih mudah. Simpanlah soalan-soalan susah waktu sembang lepas nikah nanti. At least ada lah juga buah nak sembang nanti kan.

123Ini boleh bikin gaduh ni, saja nak main-main suruh ulang-ulang ni lah yang melambatkan proses. Kan lebih elok disegerakan benda yang baik?

456Ya betul, agama itu mudah. Yang buat bagi jadi susah ni selalunya adat. Nak kena susun ayat lah, satu nafas lah. 

 

Kepada mereka yang masih belum mendirikan rumah tangga atau ada plan nak  pasang baru, semoga dipermudahkan lah urusan sewaktu akad nikah nanti. MIinta-minta tok kadi tak tanya soalan yang susah-susah. Dan untuk yang ada plan nk pasang baru tu, bagi chance lah dekat yang belum kahwin ni lagi, tapi pada masa yang sama bagilah tips macam mana nak buat tok kadi tak tanya banyak dan cara nk hilangkan nervous sebelum nikah. 

 

Baca: Jaga-jaga Cik Kak! Wanita  Ni Kongsi Sebab Kenapa Kahwin Dengan Laki Orang BestScreen Shot 2019 03 31 At 6.51.02 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.