Bagi mereka yang sudah lama mendirikan rumah tangga, musim-musim raya ni mesti korang sering disoal dengan pertanyaan bila nak dapat anak.
Sedangkan yang baru sebulan kahwin pun ada makcik bawang cucuk-cucuk perut tanya dah ada isi. Inikan pulak dah kahwin 4, 5 tahun. Mestilah lagi lancang soalan dorang. Pun begitu bagi admin, mereka yang bersabar pastinya akan dapat ganjaran yang besar di suatu masa nanti!
“5 tahun raya berdua… tahun ke-6 raya berlima”
Baru-baru ni, pasangan Raihana Kadir dan Muhammad Hafiz telah berkongsi berita gembira di Facebook apabila tahun ini mereka akhirnya tidak beraya berdua lagi. Raihana, telah melahirkan anak kembar 3 sekaligus menjadikan mereka sekeluarga raya berlima pada tahun ni!
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2538518709516258&set=a.524818614219621&type=3
Kembar 3, 2 lelaki dan satu perempuan
Kisah Raihana mendapat kembar 3 ini sangat menarik untuk dikongsikan. Menurut ibu kepada kembar tersebut, dia pada awalnya tidak berdoa pun untuk dapat anak kembar. Tetapi semasa di Mekah menunaikan haji 2 tahun lepas, seorang makcik yang tak dikenali telah mendoakannya untuk dapat kembar 3. Wah!

Lebih menarik lagi, kembar Raihana pula 2 lelaki dan seorang perempuan. Ajaib sungguh kekuasaan Allah ini kan pada orang yang bersabar.


“Tahniah berkat kesabaran dapat triplets”
Rata-rata netizen yang melihat posting ini mengucapkan tahniah dan terharu dengan kesabaran yang dilalui pasangan ini. Bukan senang tau nak tunggu 5 tahun tu!

“Semoga tahun depan kita macam ni pulak”

Admin ingin mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran kembar tersebut. Semoga mereka yang masih menantikan detik-detik ini dimakbulkan doanya dan terus bersabar menghadapi ujian.
Baca: Selepas 10 Tahun Menanti, Adam Corrie dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata

