Korang pernah tak plan dengan adik beradik untuk surprisekan parents korang?
Sebagai anak, sudah semestinya kita akan cuba sehabis baik untuk menggembirakan hati kedua ibu bapa kita kan? Bagi anak yang berkemampuan, memang akan menghadiahkan sesuatu sebagai tanda kasih sayang kepada mereka.
Tambah pula, kalau dihadiahkan barang yang memang sudah lama mereka impikan. Reaksi ketika itu sememangnya akan menjadi sesuatu yang susah untuk dilupakan oleh anak-anak. Seperti yang menjadi tumpuan di TikTok baru-baru ini, reaksi seorang ayah yang dihadiahkan jam tangan idaman oleh anak-anaknya.
@naemzaimi Reply to @nadiahasif11 ni video ori, bertambah sebak bila sy tengok semula video ni. ??
“Betoi ka hangpa beli kat abah?” – Pakcik di dalam video
Menerusi video, pakcik tersebut dilihat bertanyakan tentang benda yang berada di dalam kotak yang diletakkan di atas meja.
Ketika membuka kotak tersebut, pakcik itu kelihatan sungguh terkejut dan terharu kerana anak-anak sanggup untuk menghadiahkan jam yang telah diimpikan buat sekian lamanya.
Reaksi dan perbualan antara pakcik itu bersama anak-anaknya meruntun hati ramai netizen kerana rata-rata memberi komen yang mereka turut berasa sebak kerana anak-anaknya dapat merealisasikan impian ayah mereka untuk mempunyai jam tangan yang diidamkan. Aishh, Min pun ikut sedih dah ni… Huhu…
Malah ada juga yang mendoakan supaya anak-anak pakcik itu terus untuk menggembirakan hati ayah mereka kerana belum mampu untuk menghadiahkan apa-apa dan ada yang sudah kehilangan ayah yang tersayang. Al-fatihah…
Wahh! Bestnya anak-anak dah planning dalam diam untuk surprisekan ayah dia… Min nak kena bincang juga ni dengan adik beradik nak hadiahkan apa untuk ibu next birthday dia… Hihi…


