in

‘Businessman’ China Ini Beli Kelab Bola Sepak Sebab Nak Bersukan Dengan Anak Lelaki Berat 126 KG

Feature 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sesetengah orang gemar bersukan untuk dapatkan badan yang sihat dan pada masa yang sama, boleh isi masa lapang dengan aktivit yang berfaedah kan. Min, nak tanya, apa pulak aktiviti sukan kegemaran korang?


Buat seorang ahli perniagaan China ini pula, dia sanggup beli kelab bola sepak divisyen kedua semata-mata nak bermain bola sepak dengan anak lelakinya, lapor Oddity Central. Fuh, kaya betul sampai boleh beli kelab bola sepak macam pergi shopping baju ni. 

Bola 1

Ahli perniagaan tersebut yang dikenali sebagai He Shihua dikatakan telah meminta jurulatih untuk memasukkannya dan anaknya yang dikatakan mempunyai berat badan 126 kilogram ke dalam team bola sepak terbabit.

Ketika zaman mudanya, ahli perniagaan ini dikatakan memang berminat dengan sukan ini tapi dia tak pernah berpeluang untuk bermain dalam pertandingan rasmi.

Jadi, kali ini, dia cuba untuk merealisasikan impian tersebut sebab businessman China ini juga dah jadi pemegang saham utama Kelab Bola Sepak Zibo Cuju ini. Dia dikatakan pernah menyertai kelab ini pada suatu ketika dahulu.

Bola 2

Walau bagaimanapun, yang menarik perhatian ramai ialah berat badan anaknya yang dilaporkan tidak sesuai untuk menyertai acara sukan ini. Ada juga yang kata skill bermainnya juga tidak begitu memberangsangkan.

Rata-rata netizen mempunyai pelbagai reaksi sebab ada yang kata tindakan ahli perniagaan ini macam mempersendakan jurulatih dan pemain lain dan tidak kurang juga ada yang memuji keberaniannya mencuba sesuatu yang baru.

Mungkin bila dah lama main sukan ni, skill anak dia pun akan improve kot. Mana lah tau kan kalau-kalau dia hire private coach ke untuk latih anak dia lepas ni. 

Sumber: Oddity Central

Baca: Lelaki Ini Hilang Sebelah Kakinya Kerana Kanser, Kini Jadi Superstar Bola Sepak Yang Terkenal

Bola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.