in

Kewujudan Pulau Baharu Di Indonesia Lepas Dilanda Taufan Seroja Cetus Persoalan

Cats 71

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah pulau kecil dilaporkan telah tiba-tiba muncul di daerah Loaholu, Nusa Tenggara Timur (NTT) selepas dilanda Taufan Seroja yang membadai kawasan itu.


Menurut sumber, kejadian ini masih lagi dikaji oleh pihak berwajib tempatan. Sehingga ke saat ini, kemunculan pulau baharu ini masih lagi menjadi tanda-tanya ramai pihak.

2 10

Gabenor Nusa Tenggara Timur, Josef Nae Soi berkata dalam satu sumber, pihak mereka masih lagi mengkaji sama ada pulau misteri ini muncul disebabkan Taufan Seroja atau tidak.

“Tiba-tiba ada tanah di atas laut”

Sebelum ini, dilaporkan beberapa pulau kecil muncul di Nusa Tenggara Timur disebabkan paras air laut yang surut.

1 13

Jurucakap kerajaan NTT, Marius Ardu Jemalu berkata, salah satu teori berkenaan kemunculan pulau baharu ini adalah disebabkan ombak besar yang terhasil daripada Taufan Seroja.

Apa pendapat anda tentang fenomena menarik ini? Kongsi pendapat anda di ruangan komen!

 

Sumber: Kompas

BACA: Semua 21 Nama Habis Digunakan, Amerika Syarikat Bakal Guna Abjad Yunani Untuk Namakan Ribut Taufan

Capture 54

Sumber: Kompas
Sumber: iNews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.