in

“Bukan tanam harini esok boleh jual” – Ramai Protes Kenapa Timbang Durian Sekali Dengan Kulit, Tapi…

Durian King

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak musim durian ni, min tengok ramai di kalangan penjual mula menjual raja buah tersebut di merata tempat. Apa-apapun, yang menjual durian tu memang banyak cuma nak cari port best dengan harga yang berbaloi tu agak susah.


Menerusi perkongsian netizen di Twitter, ada yang mula tak puas hati bila durian dijual secara timbang dan kulit dikira sekali dalam timbangan tersebut. Kulit tu dikira macam 50% berat daripada satu biji durian tau! 

Gambar
sumber: twitter

 

“Tak tau la min, harga yahudi mabok betul. Mungkin berhajat nak haji balik hari kot” 

Segelintir netizen mengaku harga durian sejak akhir-akhir ni memang melampau-lampau mahalnya. Tapi wajar ke kalau kita kira harga durian ni tak termasuk dengan kulitnya sekali? Sedangkan kalau beli kerang pun kira dengan kulit sekali. Emmm…

Yahudi
sumber: twitter

 

“Korang tak pernah hargai pekebun. Kalaulah korang tahu betapa mahalnya labour, betapa mahalnya baja dan racun” 

Tapi sebelum korang mengamuk dan tuduh penjual durian ni macam-macam, sebenarnya korang tahu tak penat lelah penjual durian ni dalam menanam raja buah tersebut.

Menurut penjelasan seorang netizen di Twitter, nak tanam pokok durian ni bukan senang. Nak labur pada baja dan racun, tu belum tolak campur buah rosak sebab bintang makan dan lain-lain. Haih! 

Hargai
sumber: twitter

 

“Pikul durian bersama KULIT bawa turun bukit, mestilah jual bersama harga KULIT” 

D 2Lsfguwaavwpz

Isi
sumber: twitter

Apa-apapun min rasa kalau bab durian, eloklah kita jangan bergaduh. Kalau tak setuju dengan harga satu kedai tu jual, korang boleh je cari port jual durian lain. Banyak lagi jual dengan harga berpatutan. Yang penting kualiti durian tu mesti best! 

Baca: “Sampai putih muka dia” – Netizen Terhibur Tengok Kambing ‘Enjoy’ Makan Durian, Siap Benam Kepala Dalam Buah

Kambing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.