in

Victoria Beckham Masih Nak Berniaga Walaupun Hutang Dah Mencecah RM300 Juta!

Hutang Victoria Beckham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah seorang ahli kumpulan Spice Girls, Victoria Caroline Adams atau lebih dikenali sebagai Victoria Beckham selepas berkahwin dengan bintang bola sepak terkenal David Beckham pada tahun 1999 ini telah menjadi ikon gaya dan juga merupakan pereka fesyen yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.


Berikutan kerjasama berprofil tinggi dengan jenama-jenama terkenal, dia telah melancarkan perniagaan fesyennya sendiri pada tahun 2008 bermula dengan koleksi pakaian dan berjaya mengembangkan lagi jenama berkenaan dengan mula menjual pelbagai lagi barangan termasuk beg tangan, kot, kasut dan juga aksesori. 

Namun begitu, baru-baru ini, salah sebuah media tempatan, Mirror UK mendedahkan bahawa perniagaan milik Victoria kini mempunyai hutang sebanyak 53.9 juta Pound Sterling atau bersamaan dengan RM290,794,633! Nak dekat 300 juta! 

293352225 160375653227782 7863959504492795131 N Horz

“Jumlah pendapatan untuk kumpulan Victoria Beckham Holdings turun 6% kepada £36.1m (2019 – £38.3m) disebabkan kesan pandemik global” 

Dikatakan kini, jenama Victoria Beckham Beauty milik penyanyi berkenaan dalam situasi yang sukar apabila jurucakap beliau turut mengesahkan angka hutang berkenaan kepada portal The Mirror.

Menurut angka dalam penyata akaun yang diserahkan pada tahun 2021, juruaudit telah melabelkan perniagaan tersebut sebagai mempunyai ‘keraguan yang ketara’ dalam keupayaan syarikat berkenaan untuk meneruskan operasi setelah hutang terkumpul melebihi £46 juta (RM248 juta) sejak ia dilancarkan.

4216443437 84503F049C B

Walaupun begitu, difahamkan juga yang syarikat berkenaan bertindak balas dengan pantas untuk mengatasi perkara berkenaan dengan mengawal tunai dan perbelanjaan yang membuatkan mereka berjaya mengurangkan kerugian operasi sebanyak 57 peratus.

Di sebalik semua kesukaran yang berlaku ini, Victoria dilaporkan tetap ingin meneruskan pernigaannya walaupun dikritik dan dilabelkan sebagai ‘projek sia-sia’ oleh pemerhati.

Baca : “Kami masih di sini” – Vivy Yusof Buka Mulut Selepas Terpalit Isu Panas Penutupan FashionValet

Vivvy

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.