Isteri bintang bola sepak sensasi David Beckham, Victoria baru-baru ini membuat pendedahan tentang kecaman yang diterima oleh suaminya tersebut susulan dilayangkan kad merah semasa perlawanan menentang Argentina semasa saingan Piala Dunia tahun 1998.
Pendedahan yang dibuat menerusi siri Netflix bertajuk ‘Beckham’ yang bakal menemui para penonton ini bakal menunjukkan karier pemain tengah England tersebut beserta temubual bersama David, Victoria dan beberapa muka yang tidak asing lagi dalam industri bola sepak.
Dokumentari dua episod berkenaan juga mendedahkan kecaman yang diterima oleh Beckham sejurus perlawanan antara England dan Argentina pada tahun 1998 yang menyaksikan dia dibuang padang dan pasukan England terkeluar dari saingan piala dunia tahun berkenaan.
Tambah pasangan berkenaan, kecaman tersebut begitu teruk sehinggakan ada pub yang menggantung patung David Beckham di luar premis mereka selain insiden bas pasukan dibaling batu dan gelas semasa perlawanan di tempat lawan pertama Manchester United musim berikutnya di West Ham.
Victoria mendedahkan reaksi Beckham ketika itu cukup kecewa dan mengalami depresi teruk yang menyebabkan dia terpaksa dirawat secara klinikal dan perkara tersebut juga memberikan kesan kepada Victoria sehingga mahu membunuh haters ini.
Artikel berkaitan : Bagai Tak Serik, Penyokong Indonesia ‘Serang’ Bas Pemain Thailand Hingga Tingkap Retak?
Artikel berkaitan : FIFA Buka Siasatan Kelakuan Tidak Senonoh Penjaga Gol Argentina Ketika Piala Dunia
Dalam masa yang sama, David Beckham juga berharap agar wujud sebuah pil yang boleh diambil supaya dia mampu memadamkan sesetengah memori dalam hidupnya.
“Saya buat kesilapan yang bodoh dan ia mengubah hidup saya”
Tambahnya lagi, dia dihujani pelbagai bentuk kecaman dan sering menerima soalan-soalan yang menyakitkan hati yang bertanya apakah perasaannya selepas mengecewakan negara dan kata-kata cacian yang lain.
View this post on Instagram
Pasangan berkenaan juga mendedahkan perkara itu berlaku kepada mereka ketika di Amerika dan sedang menanti kelahiran anak pertama mereka dan mengakui tidak pernah bercakap tentang insiden tersebut kerana tidak sanggup dan sukar untuk berkongsi sesuatu yang disifatkan sangat ekstrem.
Selain itu, mereka juga mendedahkan yang mereka menerima kecaman yang hebat setiap hari dan sentiasa menjadi sasaran para penyokong sehingga ada yang diluar jangka seperti meludah ke arah mereka, mengeluarkan pelbagai jenis cacian dan banyak lagi.
Beckham juga mendedahkan beliau turut menerima panggilan daripada Alex Ferguson dan bertanyakan keadaannya dan perkara tersebut telah membuatkan dirinya beremosi sambil bekas pengurus Manchester United tersebut menenangkan dirinya.
Sumber : Sinar Daily