in

Bukan Sebab Langgar Iceberg? Ini Rupanya Sebab SEBENAR Kenapa ‘The Unsinkable Ship’ Titanic Tenggelam Dalam Laut

Kapal Unsinkable Konon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang dapat lupakan gandingan hebat pelakon Leonardo Dicaprio dengan Kate Winslet dalam filem Titanic? Sebaldi air mata min tertumpah tau gara-gara sedih dengan kisah cinta tragik Jack dan Rose.


Jack Rose Jack And Rose 10387683 800 536
sumber: blog

Bila kita tengok cerita ni, umum kebanyakan tahu yang Titanic tenggelam kerana terlanggar bongkah ais di tengah laut. Tapi tahukah korang sebenarnya ada twist dalam sejarah yang ramai orang dah tahu ni.

Macam mana kalau admin cakap sebenarnya Titanic ni tak tenggelam kerana terlanggar bongkah ais? Jeng jeng jeng… 

 

Penumpang terselamat tak sebut langsung pasal tragedi langgar iceberg?

Menerusi perkongsian @aauskaply di Twitter, dia telah merungkai misteri yang ramai tak tahu mengenai ‘The Unsinkable Ship’ Titanic.

Menurutnya, RMS Titanic ini merupakan sebuah kapal pelayaran yang tenggelam pada tahun 1912. Ia juga mempunyai 2 adik beradik yang sama rekabentuk kapal dan dinamakan OLYMPIC dan BRITTANIC.

Pun begitu, cerita mengenai kapal ini tenggelam akibat terlanggar iceberg tak pernah pulak disebut oleh mangsa, Vaghinac Byurat. Ini apa yang diceritakannya. 

Kisah 1
sumber: twitter

 

Masa tidur tiba-tiba dorang terdengar ‘big explosion’ dan semua terjaga sampai terjatuh dalam katil… 

Explosion
sumber: twitter

 

“Sebab tak nak rugi, syarikat teruskan juga perjalanan Titanic walaupun dorang dah tahu pasal kebakaran ni” 

Agak mengejutkan jugalah bila revealed yang rupanya Titanic tenggelam disebabkan kebakaran yang dah lama berlaku kat bawah kapal sebelum kapal tu berlayar lagi. Aduhai! 

Kisah 2
sumber: twitter
D Jtm4Zu4Ai4Owu
sumber: twitter

 

Titanic ada bagi signal kecemasan dengan flare gun, tapi kapal lain anggap tu fatamorgana? 

Kisah 3
sumber: twitter

Sedih juga baca apa yang menimpa kapal Titanic. Bagi admin, kalau buat sesuatu tu janganlah berbangga dan over sangat sampai nak lebih daripada kekuasaan Tuhan. Bila dah jadi macam ni, kita ambil sebagai pengajaran sajalah.

Malam ni nak maraton filem Titanic balik semulalah! 

Baca: Sejarah Melayu ‘Disembunyikan’ Orang Barat? Lelaki Dedah Begini Rupanya Pakaian Wanita Melayu Abad Ke 19 Yang Sebenar…

Malay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.