in

Sejarah Melayu ‘Disembunyikan’ Orang Barat? Lelaki Dedah Begini Rupanya Pakaian Wanita Melayu Abad Ke 19 Yang Sebenar…

Kerudung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun admin sejenis yang tak percaya dengan teori konspirasi, namun ada beberapa perkara tentang penjajahan Inggeris di Nusantara yang buat admin kurang percaya dengan golongan Barat.


Seperti semua sedia maklum, kita sering dimomokkan dengan sejarah Barat kononnya orang Melayu zaman dulu tidak bertamadun, tinggal di atas pokok dan sering memakai pakaian yang tidak sempurna. Namun kajian seseorang dari Indonesia ini membuktikan semuanya salah.

Ia seakan-akan ada sesuatu tentang sejarah Melayu yang orang Barat cuba sembunyikan ia dari kita… 

 

“Saya hendak mencari potret perempuan Indonesia zaman dulu. Yang buat saya terperanjat…” 

Menerusi perkongsian Facebook Sejarah Dunia dan Nusantara, posting yang asalnya dari Yoga Aditam ni membongkarkan sesuatu yang tak disangka-sangka. Menurut Yoga, dia pada mulanya ingin mencari potret perempuan Indonesia zaman dulu.

Lalu dia pun Google, ” Malay Woman clothing 19 century”. Sebaik saja dicari, muncul gambar perempuan bertudung lengkap mengikut syarie. Sebijik macam perempuan zaman sekarang. Bukan ke perempuan dulu jenis pakai tudung nipis je ke….

Wanita 1

51691351 2428357780525531 3569738170872365056 N

51718607 2428358103858832 3496283350958604288 N
sumber: facebook

 

“Sejarah kita banyak yang disembunyikan dengan sengaja. Disembunyikan dengan bahasa Belanda” 

Ternyata banyak gambar wanita bertudung pada abad ke 19 dapat dijumpai jika ia ditulis dalam bahasa Belanda. Lebih menyedihkan kata Yoga, banyak foto dan arkib sejarah yang besar di simpan di negara orang. Rasanya sejarah Melaka juga banyak ada di luar negara kan?

Wanita 2

51732390 2428357950525514 1073998620094627840 N

51828231 2428358207192155 7415517145443860480 N

51840038 2428357823858860 6379795673323143168 N
sumber: facebook

 

“Akibatnya banyak terjadi pengkaburan sejarah dan penyelewengan faham. Orang bongkak berkata, ‘hijab syari itu budaya Arab, bukan budaya kita'” 

Seperti banyak perdebatan yang ada kini, ramai yang menganggap berhijab atau memakai tudung tu bukan budaya orang Melayu dan budaya orang Arab semata-mata. Namun menurut Yoga, orang-orang ‘lantam’ atau egois ni belum tengok gambar nenek moyang yang bertudung lengkap mengikut syarie. 

Wanita 3

52120238 2428357863858856 1289323279311437824 N

52300418 2428358037192172 8662257894189694976 N
sumber: facebook

Buka mata hati dan belajarlah sejarah dengan lebih mendalam. 

Baca: Kalau Bukan Nama Malaysia, Langkasuka Mungkin Nama Negara Kita Sekarang? Lelaki Dedah Teori Asal Usul Nama Malaysia

Malayalangkasuka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.