in

“Bukan menteri saja nak kehidupan mewah…” – Artis Belum Terima Bayaran Persembahan Sukan SEA 2017?

Sukan Sea 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis penutup Sukan SEA 2017 berlangsung dengan begitu gilang gemilang dan masih ramai yang terkesan dengan kejayaan atlet negara serta persembahan daripada barisan artis tanah air. Namun, apa yang tidak sedap didengar, beberapa artis dikatakan dikatakan berkecil hati termasuklah Zainal Abidin.


Zainal Abidin
sumber: media permata

Menurut Malaysiakini, beberapa artis dikatakan masih belum menerima bayaran persembahan meskipun majlis itu sudah berakhir dua bulan yang lalu.

Meskipun tidak mengharap kepada satu sumber pendapatan sahaja, Zainal Abidin akui terasa hati dengan pihak penganjur. Pelantun lagu Hijau itu malah menggambarkan keadaan tersebut seperti “bola” yang ditendang ke sana ke sini.

Menurutnya lagi, mereka sudah melaksanakan tugas yang dipersetujui dan segala penat lelah yang dicurahkan wajar dihargai mengikut perjanjian dimeterai bersama.

Sukan Sea
sumber: twitter

Zainal turut mendakwa menerima maklumat bahawa terdapat artis yang lain masih belum dibayar dan menurutnya kegagalan membuat bayaran tersebut bukan sahaja menjejaskan artis, malah pihak yang menguruskan majlis berkenaan juga.

Bukan menteri saja nak kehidupan mewah, kami golongan artis juga mahu kehidupan yang baik.”

Sebelum ini, tweet daripada artis, Adibah Noor mendapat perhatian ramai apabila dia akui sedih mendengar keluhan rakan artis kerana masih belum menerima bayaran.

Tweet
sumber: twitter

Adibah bagaimanapun telah mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana telah memberikan respons. Menerusi tweet itu, Adibah berterima kasih kepada Ketua Setiausaha KBS kerana keprihatinannya terhadap isu yang disuarakan.

Tweet 1
sumber: twitter

Zainal yang dimaklumkan bahawa urusan bayaran dikendalikan syarikat lain dilantik oleh kerajaan dikatakan telah memaklumkan kepada peguamnya untuk mengambil langkah perlu ekoran isu tersebut.

Saya terpaksa sebab syarikat itu masih belum melunaskan bayaran. Kami bukan macam bola boleh ditendang ke sana ke mari.”

Sementera itu, Pegawai Unit Media dan Komunikasi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (Masoc) Fahmi Omar berkata sebuah syarikat dilantik melalui tender dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk menguruskan persembahan pembukaan dan penutup acara berkenaan.

“Justeru sama ada artis sudah mendapat bayaran atau tidak, ia adalah urusan syarikat berkenaan,” katanya yang meminta artis tidak menyalahkan kerajaan kononnya tidak membuat bayaran kepada syarikat berkenaan.

Sejumlah penyanyi telah diundang untuk membuat persembahan ketika majlis penutup 30 Ogos lalu. Selain Zainal Abidin, penyanyi yang tampil ialah Ella, Amy Search, Datuk David Arumugam, Siti Nordiana, Faizal Tahir, Francissca Peter dan Hijjaz.

Semoga isu ini selesai segera dan tiada pertelingkahan yang berlaku di antara mana-mana pihak hendaknya…

Baca: “Kami ambil upah sebagai tukang urut” – Caliph Buskers Kongsi Kepayahan Mencari Rezeki Sebagai OKU

Caliph 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.