in

“Bukan makhluk halus”- Ingatkan Hantu Rupanya Orang! Kelibat ‘Wanita Misteri’ Tolong Cari Mangsa Kemalangan Terjawab

Uy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral satu video kelibat ‘wanita misteri’ ada ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa kemalangan maut. Orang kata ‘wanita misteri’ tu hantu, tapi sebenarnya dia manusia sebenar!


Eh, biar betul?

Menurut Kosmo, wanita berambut panjang dan wajahnya yang kurang jelas kelihatan sebenarnya warganegara Mexico yang cuma mahu menolong pencarian mangsa kemalangan yang berlaku pada 18 Mac lalu di Sungai Petamu Ubud, Bali. Penjelasan ini diberikan oleh Ketua Operasi dan Makluman Basarnas Bali, Anak Agung Alit Supartana .

Download

Kelibat wanita itu bukanlah makhluk halus, sebaliknya seorang manusia sebenar.”

Wanita yang tidak diketahui namanya itu tiba-tiba mendekati team penyelamat mencari mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut, Ni Komang Ayu Ardani, 37 tahun yang hilang ke dalam sungai selepas motosikalnya terjatuh ke dalam sungai.

Dalam video itu, dapat lihat yang dia mendekati tim penyelamat tapi tiba-tiba kelibatnya ‘hilang’ di sebalik batuan dan muncul sebelum beberapa saat lepas itu. Ingatkan ghaib macam magik!

220321 Online Bukan Hantu1 300X168 1

Video yang yang dimuatnaik oleh @denpasar.viral di Instagram sebelum ini mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen yang menyangka bahawa ada ‘hantu’ yang wujud di lokasi kemalangan. Siang-siang pun ada hantu ke?

Tapi, betul la. Siapa je tak terkejut kalau nampak kelibat ‘misteri’ dalam video kan?

 

Sumber: Kosmo

Baca: [VIDEO] Tengah Syok Menari TikTok, Wanita Ni Terkejut Ada Kelibat Misteri Muncul di Belakang

Capture 21

Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.