in

[VIDEO] Tengah Syok Menari TikTok, Wanita Ni Terkejut Ada Kelibat Misteri Muncul di Belakang

F4 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang terakam sesuatu yang pelik ketika phone tengah record korang buat video? Kisah-kisah macam ni bukanlah sesuatu yang asing sebab makhluk halus ni pun makhluk Tuhan jugak kan.


Kali ini, admin nak kongsikan sebuah video TikTok yang telah dimuat naik oleh @chlohartx. Dalam video tersebut, Chloe mengatakan ada penampakan kelibat misteri yang bergerak di belakangnya ketika sedang menari, lapor Daily Star.

Photo6059897919638711318

Menurut Chloe, dia sebenarnya tak berniat pun untuk memuat naik video TikTok itu.

Kelibat misteri itu dikatakan berada di belakangnya di kawasan tangga dalam rumahnya. Yang peliknya, dia berada di rumah seorang diri pada ketika itu. Jadi, mustahil lah kelibat tu milik adik beradik atau ahli keluarganya yang lain. Meremang pulak bulu roma admin ni. 

Korang boleh tengok sendiri video TikTok tu kat sini.

@chlohartx

#fyp #ghost #scary

♬ Shaxicula (Toxic x Love Shack x Dragula) – DJ Cummerbund

Setakat ini, video viral tersebut telah ditonton sebanyak 18 juta kali di platform media sosial tersebut (ketika artikel ini ditulis).

Walaupun ada yang berpendapat kelibat itu milik seekor anjing, ada juga netizen lain yang menidakkan teori tersebut sebab penampakan tu tinggi. Takkan lah anjing setinggi tu pulak kan? 

Photo6059897919638711319

Difahamkan, wanita yang berusia 22 tahun itu sedang menarikan lagu remix Toxic oleh Britney Spears. Kalau diperhatikan betul-betul, nampak macam ada kelibat yang sedang menuruni tangga.

Selain itu, ada juga yang kata bahawa kelibat itu terhasil daripada efek pencahayaan lampu yang berada di belakangnya apabila dia menggerakkan tangan. Ada betulnya jugak teori ni, mungkin ada bayang-bayang yang terhasil daripada lampu tu. 

Photo6059897919638711313

Namun, dalam satu video yang lain, Chloe menjelaskan bahawa kejadian itu bukanlah kali pertama yang pernah terjadi dalam rumahnya.

Misteri betul ni. Lepas ni, kalau nak record video tu, mungkin kita kena tengok keadaan sekeliling dulu. 

Baca: “Saya dah bersedia nak mati” – [VIDEO] Wanita Terakam ‘Stalker’ Cuba Masuk Rumah Masa Dia Tengah Buat Video Menari di TikTok

Tiktok

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.