in

“Bukan mak tak restu tapi…” – Ibu Safawi Rasid Bersuara, Luah Mahu Anak Tumpukan Karier Dari Fikir Soal Kahwin

Pawi Oi Dengor Ckp Mak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut merundumnya prestasi penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid baru-baru ini, bukan saja telah menimbulkan pertelingkahan antara kekasihnya, Syifa Melvin dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, malah ia juga mendapat perhatian daripada ibunya sendiri.


Menurut Harian Metro, ibu Safawi, Salemeh Abu Bakar, 56, ketika ditemubual berkata, dia mahu anaknya menumpukan perhatian kepada tanggungjawabnya buat majikan dan negara daripada fikir soal kahwin. 

Mak Sapawi 1

 

“Seboleh-bolehnya makcik nak dia lupakan dulu soal kahwin” 

Salemeh yang ditemui di rumahnya dekat Kampung Bukit Chatak, Dungun katanya telah mengetahui hubungan Safawi dengan Syifa Melvin sejak 8 bulan lalu.

“Seboleh-bolehnya mak cik nak dia lupakan dulu soal kahwin, kami nak Awi (Safawi) utamakan kerjayanya dulu.

“Awi perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada majikannya termasuk negaranya lebih dahulu,” katanya.

Safawiii2 1583418481

Tambah Salemeh lagi, Syifa juga pernah datang ke rumahnya dua kali sebelum ini namun dia tidak tahu yang Syifa merupakan seorang pelakon kerana tak pernah tengok drama lakonannya sebelum ini.

“Tahun lalu, Syifa ada dua kali datang ke rumah, pada mak cik, Syifa baik orangnya, tetapi mak cik tak tahu dia pelakon kerana tak pernah tengok drama lakonannya sebelum ini.

Syifa

“Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.

“Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini,” kata Salemeh.

 

“Kalau boleh makcik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya” 

Kata ibu Safawi lagi, anaknya itu baru berusia 23 tahun dan belum sesuai lagi untuk berkahwin serta menjadi ketua keluarga.

“Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya.

“Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami,” katanya.

Dalam pada itu, Salemeh juga mahu Safawi lunaskan impiannya dalam menyara dua lagi adik yang masih bersekolah.

Anaknya itu juga pernah berjanji untuk besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan dekat Rantau Abang dan bina rumah orang tua.

Safawii1 1583418479

Bapa kepada Safawi, Rasid Sulong, 66, juga mengakui yang dia sedar prestasi anaknya merundum sejak kebelakangan ini tapi dia tak pasti sama ada ia berpunca dari Syifa ataupun tidak.

“Lupa dulu soal jodoh, Awi masih muda kumpul duit main bola, kita tak tahu kerjaya akan bertahan sampai bila.

“Saya tak mahu dia jadi seperti saya, kehidupan saya dan isteri sangat susah membesarkan 13 anak dengan gaji RM350 sebagai penjawat awam.

“Saya terpaksa buat kerja sambilan, Awi tahu kerana saya selalu mengajaknya membantu, sebab itu saya selalu berpesan padanya ‘kita susah tak akan ada orang yang sudi bantu,” kata Rasid.

Sapawiras1 1583418484

Apa-apapun admin doakan semoga Safawi terus bersemangat dalam meningkatkan prestasinya pada masa akan datang. Ambillah kata-kata ibu sebagai semangat untuk berjaya! 

Baca: “Belakang makwe dating dengan orang lain” – Giliran Safawi Pula Kena Troll Dengan Netizen, Dikatakan Curang Belakang Syifa Melvin?

Gf Banyak Player Sapawi

Sumber: Harian Metro
Sumber: Instagram
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.