in

“Bukan kemalangan” – Mahkamah Putuskan Kematian Baby Syifaa Akibat Kecuaian Pengasuh

kematian baby syifaa akibat kecuaian pengasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Koroner Seremban pada hari ini telah memutuskan punca kematian Baby Syifaa atau Nour Rania Asyifaa Yuseri yang ditemui tidak sedarkan diri di pusat asuhannya dekat Sendayan, dua tahun lalu disebabkan kecuaian pengasuh.

Menurut Koroner, Datin Surita Budin dalam keputusan inkues itu, kematian bayi berusia 15 bulan itu bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi disebabkan tergantung di dalam buaian yang ditinggalkan oleh pengasuh.


“Saya buat dapatan dan keputusan bahawa kematian Asyifaa disebabkan akibat tekanan pada leher dan tekanan ini bersesuaian dihasilkan oleh berat badan si mati apabila lehernya tersangkut di bahagian sisi hujung kain buaian.

“Berdasarkan keterangan saksi secara keseluruhan mahkamah memutuskan kematian si mati adalah bukan disebabkan kemalangan atau kecelakaan tetapi terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan si mati telah tergantung dalam buaian.”

Artikel berkaitan: Bayi Meninggal Di Pusat Asuhan, Bapa Kata Anak Tak Pernah Tidur Dalam Buaian Sebelum Ni

Tambah beliau, tindakan pengasuh tanpa pengawasan yang sewajarnya telah menyebabkan kematian bayi berkenaan yang membawa kepada satu perbuatan menyalahi undang-undang.

2747093

Ibu bapa Syifaa mahu pengasuh dikenakan tindakan

Susulan keputusan kes ini, ibu Baby Syifaa iaitu Anida Irus berpuas hati dan menerima keputusan mahkamah biarpun anaknya itu sudah tiada.

“Tindakan meninggalkan anak saya dalam keadaan pintu tertutup adalah tidak berperikemanusiaan oleh orang yang saya amanahkan untuk jaga anak saya.

“Tiada satu hari pun saya lalui dengan mudah. Saya dah reda dengan kematian anak saya, tapi ini adalah pembelaan untuk kematiannya.

“Ini patut menjadi pengajaran kepada pihak taska dan ibu bapa,” katanya.

Manakala bapa Baby Syifaa, Yuseri Yusoff mahu tindakan undang-undang segera dijalankan.

Untuk rekod, mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman di Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022.

Alhamdulillah, akhirnya dapat keadilan juga…

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.