in

Bayi Meninggal Di Pusat Asuhan, Bapa Kata Anak Tak Pernah Tidur Dalam Buaian Sebelum Ni

Collage 31 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarian, seorang bayi perempuan berusia setahun tiga bulan meninggal dunia selepas ditemui tak sedarkan diri di pusat jagaan kanak-kanak di Seremban.

Bayi tersebut, Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui dalam keadaan kepalanya tersangkut pada kain buaian oleh pengasuhnya kira-kira jam 3 petang.


Dikatakan, Rania telah ditidurkan bersama dua kanak-kanak lain di dalam sebuah bilik selepas diberikan susu pada pukul 12.30 tengahari sebelum pengasuh keluar dari bilik pada pukul 2 petang.

Bapa kepada kanak-kanak ini mengatakan yang sebelum ini dia pernah menghantar anak sulungnya yang sudah pun berusia tujuh tahun di pusat jagaan yang sama dan Rania juga telah dihantar di sana sejak setahun yang lalu.

Jelas Yuseri Yusoff, anaknya itu sebelum ini tak pernah tidur dalam buaian, namun kerana susah tidur pengasuh telah membuat keputusan untuk meletakkan anaknya di dalam buaian, lapor Kosmo.

Buai

Sebelum ini, anak saya tidak pernah tidur dalam buaian tetapi ketika kejadian pengasuh mele­takkannya di dalam buaian kerana dia susah hendak tidur.

“Saya terkejut apabila isteri memaklumkan anak sudah tidak bernafas dan pengasuh menghantarnya ke Klinik Kesihatan Sendayan pukul 3.45 petang.

“Bagaimanapun, selepas setengah jam doktor memaklumkan pernafasan anak sudah tiada.”

Sementara itu, ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof mengatakan bahawa Rania telah disahkan meninggal pada jam 4.30 petang.

Bahagian leher dan kepala­nya telah terkeluar daripada kain buaian sementara badannya masih di dalam buai berkenaan.

“Pengasuh kemudian memberi bantuan pernafasan sebelum mem­bawanya ke Klinik Kesihatan Sendayan pada pukul 3.45 petang.”

Katanya lagi, ketika kejadian dua pengasuh telah berada di pusat jagaan rumah teres satu tingkat itu dan menjaga 15 kanak-kanak lain termasuk Rania.

Manakala Yuseri mengatakan bahawa pihak pusat jagaan telah pun meminta maaf kepada dia dan keluarganya namun menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

 

Baca: [VIDEO] Netizen Pertikai Tak Boleh Rentas Negeri, Polis Kongsi Kisah Bayi Meninggal Masa Nak Shopping Raya

Fi Polis 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.