in

“Bukan alasan nak tengking” – Komuniti Kesihatan Anggap Malukan Artis Di Khalayak Ramai Tak Wajar

Ft Artis Dimalukan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Komuniti Kesihatan, Public Health Malaysia (PHM) anggap tindakan memalukan seseorang di khalayak ramai itu adalah tidak wajar kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada si mangsa.

Menerusi Twitter rasmi, PHM anggap jika cara itu digunakan untuk ‘mendidik’, ia hanyalah alasan semata-mata.


 

Mangsa boleh alami PTSD

PHM menerangkan bahawa setiap individu berbeza dan tidak boleh dibandingkan. Kata PHM rasa malu, kecewa dan hilang keyakinan bila dimalukan dikhalayak umum itu adalah normal.

“Sedangkan dimarahi dihadapan kelas pun terasa rasa malu dan trauma, apatah lagi di siaran tv yang ditonton jutaan penonton secara langsung!”

Kat PHM lagi, jika perkara itu berlarutan tanpa sebarang bantuan dan sokongan, mangsa ada risiko untuk menghidap kemurungan, kebimbangan keterlaluan dan boleh mengalami PTSD ,”Post Traumatic Disorder”.

“Ya betul, mendidik, memberi nasihat, memberi teguran memang sangat diperlukan sebagai proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik.”

Bagaimanapun, ia bukanlah satu alasan dan lesen untuk seseorang itu meninggikan suara, memalukan atau menengking depan orang ramai.

“Mungkin pihak produksi teruja, melihat rating program mencadak naik dengan insiden sebegini. Maka trend public humiliation atau memalukan di khalayak ramai ini akan berterusan tanpa kawalan.”

Disebabkan itu, PHM menyeru agar trend memberi kritikan hingga jatuhkan air muka ini dihentikan dan meminta agar Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil agar menyediakan garis panduan yang jelas bagi membendung trend yang dianggap jelik ini.

Baca : “Tak mengapa, saya ada” – Pesanan Naim Daniel Kepada Sissy Imann Buat Ramai Tersentuh

Naim Daniel Sissy Imann

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.