Tahun demi tahun (kecuali tahun lepas), pastinya kemeriahan bulan Ramadan akan lebih terasa dengan adanya pelbagai tawaran dan promosi best untuk berbuka puasa. Antara yang paling dinantikan semestinya tawaran buffet berbuka!
Ha, waktu inilah yang dinanti-nantikan. Sebab boleh berkumpul dengan kawan – kawan lama, keluarga mara dan lain – lain untuk berbuka puasa bersama.
Berita baik untuk korang yang ternanti – nantikan boleh atau tidak tahun ini untuk merasa berbuka puasa secara buffet ini, semalam pihak MKN ada mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk majlis buffet berbuka puasa sepanjang Ramadan ini, sesuai dengan kelulusan mengadakan acara tersebut.
Menurut laporan malaysiakini, untuk premis yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) jumlah pelanggan yang dibenarkan adalah 50 peratus dari kapasiti premis. Dalam erti kata lain, kalau kedai boleh masuk 100 orang, ikut SOP buffet berbuka ni, hanya 50 orang dibenarkan.
Untuk premis di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, bilangan pelanggan dibenarkan 100 peratus mengikut ruang dan meja di kedai makan terbabit dengan syarat adanya penjarakan fizikal.
Seperti biasa, pelanggan yang hadir perlu scan mySejahtera, mengambil bacaan suhu selain memastikan tiada gejala Covid-19.
Untuk penganjur atau pemilik premis, perlu memastikan semua pelanggan memakai pelitup muka ketika pendaftaran, memastikan pelanggan patuhi penjarakan fizikal sekurang – kurangnya 1 meter selain perlu membersihkan tangan menggunakan pencuci sanitasi tangan.
kanak – kanak, bayi, pesakit kronik tidak digalakkan
Dalam masa yang sama, MKN ada juga menasihatkan supaya golongan kanak – kanak, bayi serta pesakit yang mempunyai penyakit kronik adalah tidak digalakkan untuk turut serta dalam majlis buffet berbuka sepanjang bulan Ramadan ini.
Antara syarat lain yang dikenakan adalah terhadap penyediaan perkhidmatan pramusaji dan pelayan. Mereka perlu menyelia proses penyediaan makanan seperti mencedok makanan ke pinggan pelanggan dan mereka perlu memakai pelitup muka.
Untuk tetamu, perlu diingatkan supaya tidak bersembang dalam jarak yang dekat selain perlu beratur dalam jarak 1 meter semasa mengambil makanan. Bagi memudahkan proses dan mengekalkan jarak seperti yang dinyatakan, pihak penganjur diminta supaya memperbanyakkan stesen / tempat hidangan buffet.
Tetamu atau pelanggan digalakkan untuk membawa alat kelengkapan solat seperti sejadah sendiri untuk solat di surau mahupun di tempat yang disediakan untuk solat di majlis buffet Ramadan yang dianjurkan.
Terakhir, proses pembersihan dan disinfeksi perlu dijalankan sebelum dan juga selepas majlis berbuka diadakan.
Sumber : malaysiakini
Baca : “30 hari 30 resepi” – Khairulaming Kembali, Ready Nak Kongsi Resepi Masakan Sepanjang Ramadan