in

“30 hari 30 resepi” – Khairulaming Kembali, Ready Nak Kongsi Resepi Masakan Sepanjang Ramadan

Fi Resepi 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hari ini, bermulanya satu Ramadan dimana seluruh umat islam di muka bumi ini diwajibkan untuk berpuasa.


Selain melakukan ibadah bagi menambahkan pahala, resepi juadah berbuka juga antara perkara yang sering menjadi bualan sepanjang Ramadan ini tak kira wanita mahupun lelaki.

 

30 Hari 30 Resepi

Walau bagaimanapun kalau kita cakap pula pasal resepi berbuka, mesti nama personaliti Khairulaming menjadi sebutan kerana perkongsian resepi-resepi masakannya yang menarik dan mudah untuk kita ikuti.

Baru-baru ini, dia sekali lagi menarik perhatian netizen apabila telah memuatnaik teaser video bagi ’30 Hari 30 Resepi’ sepanjang bulan Ramadan ini. Dimana sepanjang puasa ini dia akan berkongsi resepi-resepi makanan yang mudah untuk dibuat.

Dia yang turut melakukannya pada tahun lepas, mendapat komen positif kerana perkongsiannya membantu ramai orang yang ketika itu dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak membenarkan orang untuk keluar dari rumah.

Perkongsian yang dimuat naik kurang dari 24 jam di akaun Instagramnya itu sehingga kini telah meraih lebih dari 700k views.

 

Di dalam video itu, kita dapat lihat Khairulaming menjawab segala spekulasi netizen yang bertanya jika dia ada mengeluarkan video resepi makanan sepanjang Ramadan ini.

Perghhhh siap konsep bunga api lagi!

 

“Dia mai dah!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tak sabar nak tunggu resipi baru dari Khairulaming. Selain itu, terdapat juga warganet yang bukan beragama islam turut memberi komen yang dia turut teruja menunggu resepi yang ingin dikongsi kali ini.

Reak Resepi 1 Edit

Reak Resepi 2 Edit

Reak Resepi 3 Edit

 

Min pon dah tak sabar ni, korang excited tak?!

Sumber : Instagram

 

Baca : “Saya tiru kata tak sedap” , Khairul Aming Tunai Permintaan Wanita Hamil Mengidam Makanannya Lepas Suami Cuba Masak Gagal

Foot Resepi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.