in

Budak Perempuan ‘Dikerjakan’ Oleh 15 Lelaki Dari Sekolah Berlainan Lepas Diugut Untuk Sebar Video Seks

Collage 52

Budak-budak sekolah sekarang makin lama makin berani. 

Mana taknya, 15 remaja lelaki didakwa telah merogol seorang remaja perempuan dengan mengugut untuk sebarkan video seks. Apa nak jadi dorang ni?

Menurut NST, tujuh pelajar lelaki antara umur 13 dan 16 tahun telah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam atas dakwaan merogol rakan perempuan mereka pada Oktober 2018 hingga Mac tahun ini di Melaka.

Sumber: nst

Perbuatan ini mula terbongkar pada 15 Julai lalu bila guru agama pelajar perempuan tersebut menghubungi ibu remaja ini untuk datang ke sekolah dan memberitahu yang anak perempuannya telah melakukan hubungan seksual dengan beberapa pelajar lelaki dari sekolahnya.

Ibu mangsa yang terkejut dengan apa yang diberitahu oleh guru agama ini telah membawa anaknya ke balai polis untuk membuat laporan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris mengesahkan perkara bila dihubungi oleh NST.

Mohd Nor Yhazid menambah yang mangsa telah pun dibawa ke Hospital Melaka dan pihak hospital mengesahkan remaja ini mempunyai koyakan lama pada alat sulitnya.

Siasatan lanjut juga mendapati yang 15 individu telah terlibat dalam kes ini namun setakat ini hanya 14 orang saja yang dapat dikenalpasti kerana mangsa tak kenal dengan nama seorang lagi lelaki.

“Tujuh suspek dari sekolah berlainan telah direman dan mangsa juga mengaku telah pernah membuat hubungan seksual dengan beberapa lelaki yang dikenali dan tak dikenali.”

Mangsa berkata dia melakukan perbuatan ini selepas suspek-suspek mengugut untuk menyebarkan video seks yang dirakam oleh individu yang tak dikenali.”

Jika disabit kesalahan, 15 suspek ini boleh dipenjarakan tak lebih dari 20 tahun dan disebat.

Haih, kenapalah nak sia-siakan masa depan macam ni?

 

Baca: “Dorang bergilir-gilir…” – Gadis Jadi ‘Lauk’ 12 Lelaki Lepas Setuju Untuk ‘Bersama’ Rakan Mereka

Screenshot 2019 07 25 At 10.26.07 Am