in

“Dorang bergilir-gilir…” – Gadis Jadi ‘Lauk’ 12 Lelaki Lepas Setuju Untuk ‘Bersama’ Rakan Mereka

Page 12

Seorang gadis berusia 19 tahun mendakwa telah dirogol bergilir-gilir oleh sekurang-kurangnya 12 remaja lelaki Israel. Menurut Daily Mail, kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah hotel dekat Ayia Napa, Cyprus.

Difahamkan, gadis tu memang ada contact dengan salah seorang suspek melalui Instagram dan pada hari kejadian, dia diajak untuk datang ke bilik hotel lelaki tersebut.

Mesej1

Mesej2
sumber: daily mail

Pada waktu tengah malam selepas keluar berseronok, mangsa dengan rela telah pergi ke bilik remaja itu dan mereka berdua berhubungan seks. Namun ketika sedang bersama di dalam bilik itu, kesemua suspek lain yang juga merupakan rakan kepada remaja lelaki tersebut tiba-tiba merempuh masuk beramai-ramai. Menurut rakan mangsa,

Dia (mangsa) menangis dan trauma. Dia beritahu saya yang dia bersetuju untuk melakukan seks dengan salah seorang remaja Israel itu dan kemudian yang lain semua masuk bilik.”

Mereka semua bergilir-gilir dan setiap orang merogolnya, mereka pegang dia. Bila saya terjumpa dia, banyak kesan lebam padanya.”

Hotel
sumber: daily mail

Mangsa mendakwa dia dilepaskan selepas mereka nampak dia pengsan. Dia kemudian melarikan diri dalam keadaan separuh bogel sebelum terjumpa rakannya itu dan dibawa ke klinik.

Gadis itu juga mengaku kepada pihak polis dia pernah berhubungan seks dengan remaja lelaki berusia 18 tahun itu beberapa kali sebelum insiden rogol tersebut berlaku.

Saya kenal beberapa orang lelaki (suspek) dan pernah mempunyai hubungan tetapi bila saya masuk dalam bilik waktu tengah malam tu, semua orang mabuk.”

Saya masih ingat kejadian tu berlaku sehingga jam 1 pagi, rakan-rakannya yang saya tidak kenal merogol saya, ada yang guna kondom dan ada yang tidak. Mereka buat seluruh badan saya sakit.”

Salah seorang pegang saya dan saya nampak sekurang-kurangnya 12 individu, lebih kurang sejam macam tu, lepas seorang…seorang.”

Suspek4

Suspek3

Suspek1
sumber: daily mail

Kesemua remaja lelaki yang terbabit telah ditahan dan dibawa ke mahkamah pada Khamis ini. Hakim memutuskan mereka boleh ditahan ketika dalam tahanan selama 8 hari sementara pegawai memeriksa bukti DNA yang disediakan. Kesemua suspek dilaporkan mengaku tidak bersalah dan kes kini masih dalam siasatan.

Takutnya, pergi negara orang tapi benda macam ni pula yang jadi…

Baca: “Tak dan nak Ramadan, penyangak ni dah berbuka” – Dua Pelajar Kolej Dicabul Dan Dirogol Bergilir-gilir Enam Remaja Lelaki

Featured 5