in

Budak Lelaki Hantar Kotak Hadiah Kepada Gadis di Filipina, Kahwini Gadis Tersebut 15 Tahun Kemudian

American Boy Sends Box To Girl In The Philippines Marries Her 15 Years Later World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Budak Lelaki Hantar Kotak Hadiah Kepada Gadis di Filipina, Kahwini Gadis Tersebut 15 Tahun Kemudian
Loading
/

Siapa yang dapat menyangkal jodoh yang telah ditetapkan Tuhan? Meskipun pasangan ini terpisah hampir beribu-ribu kilometer jauhnya merentasi lautan, tapi hanya kerana sebuah ‘kotak kasut’ cinta mereka bertaut! Aww romantiknya!


Menurut World of Buzz, terdahulu Amerika Syarikat telah menubuhkan sebuah program kemanusiaan Kristian yang bernama Samaritan’s Purse untuk membantu mereka yang memerlukan menjelang perayaan Krismas.

Untuk menjalankan insiatif itu, melalui Operation Christmas Child, seorang budak akan menghantar sebuah ‘kotak kasut’ berisi hadiah kepada kanak-kanak yang miskin di negara lain.

Shoe Box 2
sumber: wob

Hadiah tersebut terdiri daripada mainan, alat tulis ataupun barangan kelengkapan peribadi. Penghantar haruslah menyertakan sebuah kad dengan sekeping gambar milik mereka di dalam kotak hadiah tersebut.

Maka dari sinilah bermulanya kisah cinta Tyrel Wolfe dan Joana Marchan! 

Shoe Box 6
sumber: wob

Tyrel yang berasal dari Idaho telah menghantar sebuah kotak kasut kepada Joana yang tinggal di Filipina 15 tahun lepas. Kotak tersebut telah membantu kehidupan Joana dan keluarganya secara tidak langsung.

Terharu dengan hadiah yang diterima, Joana telah menghantar sepucuk surat kepada Tyrel untuk mengucapkan terima kasih, namun surat tersebut entah kenapa tidak sampai pula ke rumah Tyrel. Alahai! 

Beberapa tahun kemudian, oleh kerana keluarga Joana masih berasa terhutang budi dengan hadiah yang diberikan Tyrel, Joana bercadang untuk mencari lelaki tersebut di laman Facebook. Terima kasih kepada Mark Zuckerberg, Joana berjaya menemui profil Tyrel dan menghantar friend request kepadanya.

Pun begitu, sekali lagi Joana dikecewakan kerana Tyrel tidak menerima friend request darinya kerana gadis itu berasal dari negara lain dan mereka tidak berkongsi kawan yang sama. Haish! 

Shoe Box 3
sumber: wob

Beberapa bulan kemudian, Tyrel berubah fikiran dan menerima permintaan rakan Joana kerana mula terasa curiga dengan identiti gadis dari Filipina ini. Tyrel bertanya kepada Joana, “Bagaimana awak kenal saya?”

Pada ketika itulah Joana mula bercerita akan kisah kotak kasut yang diterimanya. Untuk memastikan kisah itu benar, Tyrel menyoal,

“Jadi, kalau awak betul dapat kotak tu, apa yang ada di dalamnya?” 

Joana tidak mampu mengingati kesemua isi kotak tersebut, namun satu barang yang jelas dia ingati hingga kini ialah sekeping gambar milik Tyrel. Rupa gambar itu dijelaskan,

“Seorang cowboy yang comel dengan latar belakang berkayu…” 

Shoe Box 8
sumber: wob

Sejak dari itu, mereka saling berbalas mesej di Facebook selama setahun setengah sehinggalah Tyrel mempunyai simpanan yang cukup untuk terbang ke Manila.

Pada ketika itulah mereka mula menyedari yang mereka saling mencintai antara satu sama lain. Setelah itu, Tyrel kembali lagi Filipina dengan tujuan meminta kebenaran kepada ayah Joana untuk mengahwini anaknya. Aww so sweet~ 

Shoe Box 7
sumber: wob
Shoe Box 4
sumber: wob

Untuk membuktikan kejujurannya, Tyrel juga telah mempelajari bahasa Tagalog supaya dia boleh bertanyakan kepada ayah Joana dalam bahasa ibunda mereka.

“Bolehkah saya mengahwini anak pakcik, Joana?” 

Lima bulan kemudian pada Oktober 2016, Joana secara rasminya menjadi Puan Wolfe di Idaho, Amerika. Tahniah! 

Berikut video kisah mereka:

Jangan risau kalau tak jumpa jodoh anda di sini. Manalah tahu jodoh anda masih bersembunyi di Korea, Mexico atau England sana??

Baca: Lelaki Kelantan Kahwini Wanita Korea, Bawa Isteri Ke Kampung Halaman Untuk Kenali Budaya Tempatan

Koraea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.