in

Lelaki Kelantan Kahwini Wanita Korea, Bawa Isteri Ke Kampung Halaman Untuk Kenali Budaya Tempatan

Kahwin Gadis Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Kelantan Kahwini Wanita Korea, Bawa Isteri Ke Kampung Halaman Untuk Kenali Budaya Tempatan
Loading
/

Tidak lama dulu Muhamad Khalid Ismail pernah tular di media sosial oleh kerana kefasihannya dalam berbahasa Korea dan muncul dalam salah satu rancangan realiti di stesen TV Korea Selatan sambil berkongsi keunikan Malaysia.

Namanya makin disebut-sebut oleh netizen apabila tersebarnya berita akan pernikahannya pada April lepas bersama seorang gadis yang juga berasal dari Korea. Waa… kemain dapat isteri Korea! 


18671077 10154755909337683 2518075217329462673 N
sumber: facebook
17884359 10154622535792683 8094509153671510584 N
sumber: facebook

Pun begitu, mereka yang kini menetap di bandar Gunpo, Gyeonggi, Korea Selatan telah pulang ke Malaysia pada Ahad lepas untuk bercuti, di samping Khalid, 29, memperkenalkan isterinya, Lee-Seul, 28 kepada sanak-saudara di Kampung Padang Bogor, Kelantan, lapor Harian Metro.

Kepulangan mereka disambut dengan hati gembira oleh ahli keluarga Khalid yang sangat teruja untuk bertemu isterinya yang cantik laksana aktres Korea ini. Namun ia juga merupakan cabaran buat Lee dalam menyesuaikan diri ke persekitaran dan suasana yang jauh berbeza dari Korea.

Kahwin Korea
sumber: harian metro

Meskipun cuaca panas di negara ini hampir menyamai musim panas di negara Korea Selatan, namun Lee akui sukar untuk bertahan dengan nyamuk memandangkan suasana kampung di Korea jauh berbeza kerana mengalami proses urbanisasi yang pesat.

Pun begitu, ia bukanlah masalah besar kerana layanan dari keluarga mentua membantu Lee untuk menyesuaikan dirinya di sini.

20525740 10155003165747683 689626459420334395 N
sumber: facebook

“Keluarga mentua sangat baik dan banyak membantu saya. Saya teruja apabila dapat mengenali keluarga besar di sini,” kata Lee.

Dalam usia perkahwinan yang baru menginjak empat bulan, Lee mengaku sudah banyak belajar mengenai budaya tempatan dan bahasa pertuturan termasuklah loghat Kelantan.

Saya sudah tahu apa itu makan, minum, selamat pagi, sedap, bagus, terima kasih dan sama-sama. Apabila pulang ke sini, saya tambah satu lagi perkataan iaitu (loghat Kelantan) ‘gelepar dodey-dodey’ yang maksudnya sangat teruja.”

Waa gigih dia belajar kan…

Malah apabila ditanya mengenai makanan kegemaran, wanita yang juga merupakan seorang guru pusat jagaan mengakui hanya mampu makan makanan pedas dan masam yang rasanya menyamai makanan Korea Selatan. Selain itu, Lee juga menggemari roti canai, sambal dan nasi kerabu. Pun begitu, dia masih belum berani mencuba budu.

20431370 10155006470682683 4215871948817601072 N
sumber: facebook

Dalam membimbing saudara baru seperti Lee, Khalid tidak terlalu memaksa memandangkan Lee baru sahaja memeluk Islam. Buat masa sekarang, dia hanya menekankan solat berjemaah di rumah kerana tempat kerja isterinya tidak menyediakan ruang solat.

Lee juga sedang cuba membiasakan diri mengenakan tudung ketika ke majlis agama.

20663907 10155014739062683 8271642780576896220 N
sumber: facebook
20476518 10155006152237683 7873560725513618676 N
sumber: facebook

Pernikahan Khalid dan Lee bagi ibu Khalid sendiri, Norizan Ismail merupakan hikmah besar buat anaknya untuk membimbing saudara baru.

“Saya tidak pernah menghalang anak untuk mencari jodoh masing-masing asalkan tahu membimbing dan mencorakkan keluarga dan dalam hal Lee, kami tidak terlalu memaksa untuk dia terus berubah 100 peratus menjadi Muslim sejati,” kata Norizan.

Khalid yang sudah menetap 10 tahun di Korea Selatan kini dalam proses membangunkan sebuah syarikat sendiri yang membekalkan bahan mentah untuk sektor perumahan.

Pasangan suami isteri tersebut sudah pun terbang pulang ke Korea hari ini.

20597342 10155014834822683 744393367432026750 N
sumber: facebook

Mesti ramai yang sedang bercita-cita nak kahwin dengan gadis atau oppa dari Korea, kan??

Baca: 5 Makanan Dibawah RM5 Yang Perlu Dicuba Jika Anda Melancong Ke Seoul, Korea

Korea Baca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.