in

Budak 9 Tahun Dipaksa Telan Najis Anjing Hanya Sebab Tak Fokus Tengok Cerita Harry Potter

Dera2

Kembang tekak! Tergamak buat dekat budak kecil macam tu!

Dakota Dillow, 23, dituduh memaksa kanak-kanak berusia 9 tahun menelan najis anjing dan melakukan penderaan fizikal hanya disebabkan perkara remeh.

 

Sebab tak fokus tengok movie

Bf
Sumber : the sun

Kanak-kanak itu dikatakan tak beri tumpuan betul-betul dekat movie yang dia tonton menyebabkan dia dipaksa makan najis anjing.

Lapor The Sun, ketika itu kanak-kanak itu dan Dillow yang merupakan teman lelaki ibunya sedang menonton movie Harry Potter.

Ibunya, Kristy Asbury pada ketika tu tengah tak ada kat rumah, dia pergi ke rumah jiran pada waktu itu.

Dalam kejadian lain, Dillow juga ada memaksa kanak-kanak malang tu meminum urin anjing. Ketika di soal, kanak-kanak itu menceritakan ada sekali Dillow pernah hentak badan dia dengan pistol mainan besi kerana ada kesan parut dekat belakang kepala dia.

Ibu
Sumber : the sun

Bukan kat situ je memang ada banyak kesan parut dekat badan dia.

Pernah juga kalau Dillow naik angin, dia bawa budak tu masih ke dalam bilik, dan pukul. Malah adik perempuannya yang ketika itu baru berusia 3 bulan dibawa ke bilik lain dan pintu dikunci.

Kata budak lelaki tu, dia ‘tak pasti apa yang terjadi’ kepada bayi tu, tapi dia dengar bayi tersebut hanya berteriak sepanjang waktu itu.

Laporan dibuat pada 24 Jun 2019 lepas dan Dillow telah ditangkap pada 2 Februari lepas. Dia disabitkan atas kesalahan penderaan seksual dan penderaan fizikal.

Ibunya juga telah ditangkap pada Sabtu lepas akibat cuai menjaga anak-anaknya.

 

Baca : “Ada 4 pelajar pun tak boleh pantau ke?” – Budak 7 Tahun Meninggal Didera ‘Senior’ Sekolah Tahfiz Tak Berlesen

Dera