Baru je dua hari lepas kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah dikejarkan ke hospital gara-gara disimbah air panas dan dipaksa makan tahi kucing.
Semalam, seorang pelajar Maahad Tahfiz di Lanchang, Pahang pula disahkan meninggal dunia selepas dia dijumpai dalam keadaan lunyai dipercayai akibat didera oleh senior-nya.
Menurut Berita Harian, pelajar tahfiz berusia 7 tahun ini ditemui berada dalam keadaan lemah kira-kira jam 1 tengah hari oleh warden asrama juga merupakan isteri kepada pemilik pusat tahfiz tersebut.
Pihak polis mengatakan, terdapat kesan lebam pada tubuh mangsa.
“Mangsa ditemui seorang wanita yang juga warden di situ, dalam keadaan lemah sebelum membawa mangsa ke klinik untuk rawatan namun mangsa disahkan meninggal dunia.”
Mangsa belajar di pusat tahfiz itu bersama abang tirinya sejak pertengahan Oktober lalu.”
Lebih membimbangkan, pusat tahfiz ini dikatakan tak mempunyai lesen daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan baru memulakan operasi sejak Januari lalu serta memiliki hanya empat orang pelajar saja termasuk mangsa.
Tiga pelajar lain yang berusia 13 tahun itu pula kini berada dalam tahanan pihak polis untuk membantu siasatan.
Kadang-kadang ustaz pun tak ambil peduli
Ekoran dari berita ini, ramai netizen mempersoalkan kredibiliti pusat tahfiz tersebut yang membuat operasi tanpa lesen serta seolah-olah lepas tangan.
Mungkin dah sampai masanya kot untuk pantau lebih sikit pusat-pusat tahfiz ni.