in

Budak 14 Tahun Dipaksa Minum Arak & Dirogol Beramai-ramai Oleh Lelaki Yang Dikenali Di Facebook

Tersangka Pemerkosa Dan Perampas Motor Sidoarjo 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia makin canggih, nak tipu orang pun jadi semakin senang. Gunakan kemudahan untuk puaskan nafsu binatang. Apa nak jadi dengan dunia sekarang?


Ini juga apa yang berlaku di Indonesia, bila seorang lelaki berusia 20 tahun membawa kenalan Faceboknya yang berusia 14 tahun ke sebuah rumah sebelum dia mengajak tiga rakan lain untuk merogol remaja itu.

Menurut Tribun News, lelaki yang dikenali sebagai Danu ini berkenalan dengan remaja ini di Facebook sebelum membuat keputusan untuk bertemu di Taman Kota Krian, Sidoarjo, Indonesia.

Ketika ‘pasangan’ ini bertemu buat pertama kali di taman tersebut pada 21 Mac lalu, mereka hanya berbual dan mengenali antara satu sama lain.

Namun, selepas puas berborak, Danu mengajak remaja ini untuk pergi ke rumahnya yang terletak tak jauh dari taman tersebut.

Tanpa berfikir panjang, remaja ini bersetuju mengikut Danu pulang ke rumahnya. Namun tak disangka, tiga rakan Danu, Alvin, Riki dan Ismi turut berada di sana.

Nak dijadikan cerita, remaja ini kemudiannya dipaksa untuk minum alkohol sebelum mereka merogol remaja yang dalam keadaan separuh sedar ini secara bergilir-gilir.

Rape
Sumber: google

Tak cukup dengan itu, selepas mereka melakukan perbuatan terkutuk tersebut, Danu membuat dalih menyuruh gadis ini untuk menghantarnya ke satu tempat dengan menaiki motosikal milik remaja ini.

Semasa mereka dipertengahan jalan, Danu dan remaja ini dihentikan oleh tiga rakan Danu yang merogolnya sebentar tadi.

Salah seorang lelaki, Alvian telah memukul dan menendang remaja ini sementara Riki mengacukan pisau kepada mangsa sebelum menariknya.

Ismi pula membawa lari motor remaja ini dan mereka semua berlalu pergi meninggalkan remaja tersebut di situ.

Remaja ini kemudian membuat laporan kepada pihak polis tentang insiden yang berlaku atas dirinya.

Tersangka Pemerkosa Dan Perampas Motor Sidoarjo

Lima hari selepas kejadian tersebut, pihak polis berjaya menahan 4 lelaki ini. Kini mereka sedang siasat dan jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara selama 9 tahun. 9 tahun je penjara rogol budak bawah umur?

Dikesempatan ni, admin nak seru ibu bapa untuk sentiasa pantau aktiviti anak di media sosial.

 

Baca: Remaja 15 Tahun Dirogol Beramai-ramai Oleh Sekumpulan Lelaki Dikenali Melalui Wechat

Screenshot 2019 04 09 At 12.55.07 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.