in

Kecoh Tular Poster Ikon Gay Thailand Bakal Buat Fan Meeting di Muzium Negara, Rupanya…

Kissing Gitu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kecoh Tular Poster Ikon Gay Thailand Bakal Buat Fan Meeting di Muzium Negara, Rupanya...
Loading
/

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial tersebarnya poster dan sebuah video tentang sepasang ikon gay Thailand yang katanya bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur.


Lebih mengejutkan, so called ‘fan meeting’ ni juga bakal diadakan di Auditorium Muzium Negara pada 20 Oktober ni! Uish biar betul ni??

43952103 2077177545709538 7981550726469910528 N
sumber: facebook

Nak jumpa pasangan gay, bayar RM500 hingga RM700

Menurut Utusan Online, dua pelakon ni merupakan watak utama dalam drama Thailand SOTUS: The Series yang bertemakan hubungan lelaki sejenis yang muncul sejak tahun 2016 lagi.

Malah dalam poster kontroversi tu pun siap tulis perkataan, ‘Kissing Krist & Singto 1st Fan Meeting in Malaysia’ yang dikongsikan Instagram #mahersenisdnbhd. Setiap peminat juga dikenakan bayaran masuk sebanyak RM500 hingga RM700. Wow boleh tahan mahal!

44054509 2077177595709533 8371959624428945408 N
sumber: facebook
44023325 2077177632376196 4500540133186994176 N
sumber: facebook

 

Netizen tak puas hati! 

Rata-rata netizen kecoh mengenai isu viral ni tak setuju sangat-sangat dengan kemunculan pasangan gay ni di Kuala Lumpur. Disebabkan isu ni, ramai juga yang menyalahkan kerajaan kerana dengan mudah bawa masuk budaya tak elok macam pesta arak dan gay dalam negara kita. Adoi!

Gay1
sumber: facebook

 

Jabatan Muzium Malaysia perjelas isu sebenar

Walau bagaimanapun, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) semalam akhirnya mengeluarkan kenyataan yang menegaskan sebenarnya tak ada pun sesi bertemu peminat dengan pelakon Thailand tersebut pada 20 Oktober ni.

Ketua Pengarah JMM, Datuk Kamarul Baharin A. Kassim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya takkan sesekali berkompromi dalam isu yang langgar nilai dan norma masyarakat. 

Malah Kamarul juga minta orang ramai jangan mudah terpengaruh atau percaya dengan berita atau isu yang tak betul sebelum dapat pengesahan dari sumber yang sah.

“Pihak kami ingin menegaskan bahawa sesi bertemu peminat oleh Kissing Krist dan Singto di Auditorium Muzium Negara sebagaimana yang sedang tular adalah tidak benar,” katanya semalam.

44067989 1212233258924225 7284886595604316160 N
sumber: facebook

 

Tidak benar atau dibatalkan?

Macam manapun, setelah penjelasan dibuat, masih ada di kalangan netizen yang keliru dan tak percaya sama ada event ni betul-betul palsu atau telah dibatalkan. Tambahan pulak dikatakan Menteri Pelancongan, Mohammadin Ketapi edit posting yang dikeluarkannya baru-baru ni. Hmm… macam mana ni?

Edit
sumber: facebook
Batalkan
sumber: facebook

Nak tahu betul ke tidak event ni berlaku, korang tunggu jelah 20 Oktober ni. Tapi harap-harap perkara ni tak betullah dan elakkanlah daripada budaya ni menular dalam negara kita. 

Baca: Bini ‘Out Station’, Suami Dekat Rumah Kantoi Anjur Pesta Gay

Gay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.