Buat Sticker WhatsApp Guna Wajah Orang Tanpa Izin Boleh Dipenjara 8 Tahun?

Tambah ke Sumber Pilihan
Buat Sticker WhatsApp Guna Wajah Orang Tanpa Izin Boleh Dipenjara 8 Tahun?

Aplikasi Whatsapp sudah menjadi keperluan komunikasi kepada orang ramai sejak diperkenalkan beberap tahun yang lalu. Seiring dengan pembangunan teknologi, aplikasi WhatsApp, mula memperkenalkan ciri lain selain komunikasi secara teks, antaranya voice notes, video notes, dan sticker.

Screenshot 2023 09 24 At 1.07.07 Pm

Walau bagaimanapun, pengguna di Indonesia harus berhati-hati ketika menggunakan aplikasi ini terutamanya ketika membuat sticker sendiri. Indonesia mempunyai undang-undang mengenai perhubungan menggunakan teknologi.


Memetik laporan Liputan 6,  peraturan dalam Undang-undang Informati Teknologi Elektronik (UU ITE) menggariskan setiap kesalahan salah guna boleh dikenakan tindakan penjara selama 8 tahun. Perkara ini telah diutarakan oleh seorang pengguna TikTok di negara itu dimana seseorang akan dikenakan tindakan penjara kerana membuat sticker WhatsApp menggunakan wajah orang lain tanpa kebenaran, seperti yang termaktub pada Fasal 32 (1) UU ITE.

Setiap orang dengan sengaja dan tanpa hak atau melawan hukum dengan cara apapun mengubah, menambah, mengurangi, melakukan transmisi, merusak, menghilangkan, memindahkan, menyembunyikan suatu informasi elektronik dan/ atau dokumen elektronik milik orang lain atau milik publik”

Dalam peraturan ini sudah jelas dikatakan bahwa, jika seseorang dengan sengaja dan tanpa hak secara sengaja mengubah, menambah, mengurangi, ataupun merosakkan suatu informasi elektronik atau dokumen elektronik milik orang lain boleh dikenakan hukuman penjara.

Screenshot 2023 09 24 At 1.07.17 Pm

Jika seseorang dengan sengaja melanggar perkara yang termaktub dalam UU ITE Fasal 32 (1), mereka harus menjalani hukuman selama lapan tahun penjara, atau denda maksimum 2 milyar rupiah (bersamaan kira-kira RM 600).

Baca: Majikan Boleh Pecat Pekerja Yang Kuat Kutuk Bos Atau Rakan Sekerja Dalam Group WhatsApp – Mahkamah Jerman

Screenshot 2023 09 24 At 1.06.17 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Buat Sticker WhatsApp Guna Wajah Orang Tanpa Izin Boleh Dipenjara 8 Tahun?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/buat-sticker-whatsapp-guna-wajah-orang-tanpa-izin-boleh-dipenjara-8-tahun/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM