in

“Buat jual aiskrim je?!!” – [VIDEO] Harta Bukan Ukuran, Pakcik Jadikan Motor RXZ Untuk Cari Rezeki

Page Rxz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita bercakap mengenai motosikal berkuasa tinggi, mesti ramai yang tahu kan? Selalunya mereka akan tertarik dengan motor seperti RXZ dan hanya akan menggunakan motor tersebut sekiranya ada konvoi di jalanraya.

Ini kerana bagi peminat tegar motor RXZ, mereka tidak akan sewenang-wenangnya bawa motosikal mereka itu untuk sekadar bersiar-siar kerana mereka telah berhabis wang beribu riban. Bukan tu je, ada yang sampai tak bagi orang lain naik!


Tetapi lain pula cerita yang mencuri perhatian pencinta-pencinta motor RXZ baru-baru ini kerana telah tular di TikTok yang dikongsikan melalui akaun @ajaaisara. Min nak kasi disclaimer sikit lah.. Pakcik ini seorang penjual aiskrim tau!

@ajaaisara

Reply to @666zine

♬ bunyi asal – HajarHafizi – HajarHafizi

Dalam video itu, pakcik itu kelihatan bersahaja apabila tahu dirinya dirakam oleh seorang pelanggan dan walaupun dia merupakan penjual aiskrim, tapi motor yang dipakai buat berniaga tu RXZ tau! Haa, jangan main-main!

Disebabkan itu, ruangan komen begitu meriah dengan reaksi netizen yang memuji tindakan pakcik itu menjadikan motosikal berkuasa tinggi miliknya untuk mencari rezeki. Malah ada yang mengatakan bahawa harta bukanlah pengukuran ketika berada di dunia.

“Pakcik tu nk tunjukkan harta dunia ni sementara je, pakai selagi bleh” – Netizen di komen

Full Rxz

Bukan itu sahaja, menurut pemilik video dan akaun TikTok itu, dia memang selalu menjadi pelanggan pakcik itu dan dia memberitahu bahawa pakcik itu mempunyai lebih dari satu koleksi RXZ! Fuyooo, legend bethol!

Min respect betul lah pakcik ni. Steady je tak kisah nak bawa motosikal mahal untuk berniaga. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, pakcik!

Baca: “Jimat air rumah” – [VIDEO] Lelaki Sanggup Berhenti Tepi Jalan Semata-mata Nak Basuh Motor Guna Lopak Air

Page Motor

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.