“Jimat air rumah” – [VIDEO] Lelaki Sanggup Berhenti Tepi Jalan Semata-mata Nak Basuh Motor Guna Lopak Air

Tambah ke Sumber Pilihan
“Jimat air rumah” – [VIDEO] Lelaki Sanggup Berhenti Tepi Jalan Semata-mata Nak Basuh Motor Guna Lopak Air

Bila dah masuk hujung tahun ni, memang dah jadi satu kebiasaan kalau negara kita dilanda hujan yang berterusan. Ini kerana, sekarang boleh dikatakan musim tengkujuh telah pun tiba.

Ini bermaksud kebarangkalian untuk kawasan rendah dinaiki air amatlah tinggi. Bukan itu sahaja, tepi-tepi jalan juga akan mudah mempunyai takungan air sekiranya bentuk tidak rata.


Seiring dengan situasi takungan air disebabkan air hujan, ada satu video yang naik di FYP TikTok menerusi akaun @shhmir_aimann di mana dia merakam satu insiden yang mencuri perhatian orang ramai dengan kelakuannya.

Dalam video itu, dilihatkan seorang lelaki yang berada diseberang jalan dari keretanya sedang khusyuk menggunakan air takungan hujan di tepi jalan untuk basuh motornya. Wah, steady betul! Tengah hujan pulak tu!

Rakaman lelaki itu dipercayai berlaku di kawasan yang agak dikenali di Terengganu. Rata-rata netizen dapat mengecam bangunan asrama di belakang tempat lelaki itu. Laaa, patutlah kat bahagian komen ramai bercakap menggunakan dialek dari Terengganu.

Motor FullSumber: TikTok

“Lah.. Tepi koloh khairiah.. Mung buakpe kat situ? Hahahaha” – Netizen

Ada juga yang bergurau dengan memberi komen bahawa lelaki itu ingin menjimatkan pengunaan air di rumah, sebab itu dia menggunakan takungan hujan sahaja untuk membersihkan motornya. Ish, macam-macam lah korang ni.. Biarkan je abang tu, lagipun berjimat kan amalan yang baik?

Tak kisahlah dia mahu bersihkan motor atau apa, Min cuma nak minta untuk awak jaga keselamatan baik-baik okay? Tengah-tengah hujan tu, kena double jaga diri..

Baca: “Kalau sakit jantung naya ni” – [VIDEO] Pemuda Ganti Hon Motor, Dah Macam Bunyi Lori Pun Ada!

Motor

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Siti Aina
Lagi tulisan Siti
Hai! nama penuh Siti Aina Sarah, tapi lebih mesra dikenali sebagai Aina. Berusia 22 tahun dan berasal dari Kuala Selangor. Pelajar Bachelor (Hons.) in Broadcasting dari UiTM Shah Alam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Merupakan seorang yang suka untuk mencuba dan senang untuk bergaul.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Jimat air rumah” – [VIDEO] Lelaki Sanggup Berhenti Tepi Jalan Semata-mata Nak Basuh Motor Guna Lopak Air
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/jimat-air-rumah-video-lelaki-sanggup-berhenti-tepi-jalan-semata-mata-nak-basuh-motor-guna-lopak-air/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM